Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air 220,867...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 185,867 rumah di Kuala Lumpur dan 35,000 rumah di...

Kerjasama Guru, Ibu Jayakan...

KINABATANGAN - Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memerlukan komitmen tinggi antara...

‘Puteri Raja’ Dijel Kerana...

KUALA LUMPUR – Seorang wanita kerdil yang mendakwa dirinya ‘puteri Sultan Pahang’ dihukum...

Sedihnya.. Dihalau Ibu Dari...

KASIHAN.. empat kanak-kanak perempuan berusia 2 hingga 7 tahun dilaporkan ditemui berlegar tanpa...

Pemilikan Saham: Sepina Sudah Dihantar Kepada Azam Baki

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dilaporkan telah menghantar satu surat sepina kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Mohd Azam Baki.

Menurut portal Malaysiakini, surat itu adalah demi memastikan kehadirannya dalam mesyuarat khas yang bakal diadakan di Parlimen pada 19 Januari ini, bagi membincangkan isu pemilikan saham Azam dalam dua buah syarikat.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, yang juga salah seorang anggota jawatankuasa itu dipetik sebagai berkata, mereka telah diberitahu bahawa surat itu ditulis oleh Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin.

“Kami diberitahu bahawa setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha telah menulis surat memintanya menghadiri mesyuarat itu pada Rabu depan,” kata Foong Hin seperti dilaporkan portal tersebut.

Selain itu, dia berkata, PSC mungkin merangka laporan susulan pertemuannya dengan Mohd Azam.


Mohd Azam baru-baru ini menjadi tumpuan media berikutan dakwaan beliau memiliki antara 1.9 juta hingga 2.9 juta saham dalam Gets Global Bhd pada 2016.

Dalam sidang media khas susulan, dia menafikan sebarang salah laku dan mengatakan adiknya menggunakan akaun sistem depositori pusat (CDS) miliknya untuk memperoleh saham itu.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori