Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Thai Ditahan Cuba...

BANGKOK – Seorang lelaki Thailand ditahan di pusat pemeriksaan sempadan Jabatan Kastam wilayah...

Op Selamat: 7 Kemalangan...

KUALA NERUS - Sebanyak tujuh kes kemalangan maut membabitkan lapan kematian direkodkan di...

Janda 41 Tahun Rompak...

SEORANG wanita berusia 41 tahun telah berjaya merompak dua buah bank dengan hanya...

Shahidan Dijangka Umum Sekatan...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman...

Pemimpin UMNO, BN Berbincang Agihan Kerusi PRN Johor

Johor Bahru : Beberapa pemimpin tertinggi Umno dan Barisan Nasional (BN) tiba di Bangunan Umno Johor, di sini, bagi menghadiri Majlis Perjumpaan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama komponen BN Johor, hari ini.

Ahmad Zahid dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba pada 11 pagi dipercayai bagi memuktamadkan agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Hadir sama, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Selain itu, Pengerusi Umno Johor, Datuk Hasni Mohammad; Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Setiausaha MCA Johor, Ng Keng Heng dan Ketua Pemuda MIC, K Raven.

Petugas media daripada pelbagai agensi mula berkumpul di Bangunan Umno Johor seawal 9 pagi.

Difahamkan perjumpaan hari ini bagi membincangkan soal pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti komponen BN pada PRN tidak lama lagi.


Pada Isnin lalu, Umno dilaporkan mahu bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam PRN Johor.

Mohamad dilaporkan berkata, jumlah itu belum mengambil kira kerusi Dun bagi parti komponen BN.

Dalam pada itu, sumber Umno turut memaklumkan setakat ini Umno Johor kekal dengan keputusan awal untuk bertanding di 40 kerusi dalam PRN Johor.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori