Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kebakaran melibatkan sebuah...

Pelajar Cuba Bunuh Diri...

SRI AMAN - Cubaan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun untuk membunuh diri...

Sindiket Dadah Di Ipoh...

IPOH - Polis Perak berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah di sekitar bandar raya...

Tahniah!! TMJ Sah Menjadi...

Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini meriah meraikan pasangan sejoli yang baru...

Penduduk Gemas Alami 7 Kali Banjir Sejak 16 Tahun Lalu

TAMPIN: “Banjir kali ini adalah yang ketujuh sejak menetap di Taman Sungai Gemas, 16 tahun lalu dan terburuk pernah dialami,” luah suri rumah Norizan Abdullah, 53, selepas rumahnya ditenggelami air hingga paras leher susulan hujan lebat sejak dua hari lalu.

Norizan berkata rata-rata penduduk Taman Sungai Gemas bersiap sedia menghadapi banjir sekiranya berlaku hujan lebat memandangkan kawasan perumahan itu terletak berhampiran Sungai Gemas.

“Kejadian banjir kilat memang kerap berlaku di kawasan ini apabila Sungai Gemas melimpah masuk loji kumbahan dan kolam takungan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Banjir besar pernah terjadi pada 2011 dan tahun ini kembali berulang malah lebih teruk apabila banyak kediaman rosak teruk dan dinaiki air lebih paras bahu,” katanya yang ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Besar Gemas di sini hari ini.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Kampung Gemas Indah, Mohd Rawi Majid berkata kebanyakan rumah di Taman Sungai Gemas terletak di kawasan rendah.


“Hujan berterusan menyebabkan hampir 60 rumah dengan 200 mangsa serta surau berdekatan terjejas banjir. Kalau nak ikutkan sejarah, sememangnya Taman Sungai Gemas ini merupakan kawasan mudah dinaiki air,” katanya.

Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom, berkata antara kawasan terjejas teruk dilanda banjir adalah Felda Jelai 4, Kampung Pasir Besar, Felda Sungai Kelamah, Taman Pinggiran Felda dan Taman Sungai Gemas.

“Bantuan Wang Ihsan RM1,000 akan diberikan kepada keluarga mangsa banjir dan jumlah sebenar akan dikenal pasti sebaik urusan pemindahan mangsa ke PPS selesai. Pada masa ini, kita agihkan bantuan barangan keperluan asas dan makanan kepada mereka,” katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori