Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Buang Bayi Tepi Ladang...

Pendang : Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru lahir ditemukan berselimut kain batik...

Malaysia Di Landasan Betul...

JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Malaysia...

Liputan Haji Via IG...

DETIK puncak Musim Haji sudah bermula. Ratusan ribu jemaah dijangka memasuki Makkah minggu...

Big Bad Wolf 2014...

BERITA gembira buat anda si pencinta buku - karnival jualan buku terbesar Big...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak ayam penelur dalam usaha memastikan bekalan telur sentiasa terjamin.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata keputusan itu dicapai melalui persetujuan bersama membabitkan pelbagai pihak dalam sesi libat urus diadakan minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, jenis dan jumlah pengagihan pinjaman lunak itu akan dimuktamadkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Kewangan, bergantung kepada saiz pengoperasian pengusaha dan penternak ayam penelur berkenaan.

“Pinjaman lunak ditawarkan bagi membantu pengusaha menampung pertambahan kos operasi di ladang diusahakan mereka susulan faktor penularan pandemik COVID-19.

“Kerajaan akui (kekurangan bekalan telur ayam) dan mereka (pengusaha) mengadu kepada kita mereka (mengalami) kerugian sehingga tiga sen setiap telur, mengikut gred,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sebuah kedai perkakasan rumah di sini, hari ini.


Isnin lalu, BH melaporkan, kerajaan diminta mempertimbangkan tiga syor bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan telur ayam yang menyaksikan harga hasil ladang itu turut meningkat kebelakangan ini.

Cadangan dikemukakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) adalah penamatan serta-merta Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM), penyediaan lebih ramai pekerja asing ke sektor itu serta pemberian subsidi khas kepada pengusaha ladang ayam penelur.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori