Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Utusan Diperintah Bayar Ganti...

PUTRAJAYA - Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak...

Pendakwa Raya Mohon Shakira...

ANKARA - Pendakwa raya Sepanyol pada Sabtu akan memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara...

Terkesan Dengan Skrip ‘Pulang’,...

TERKESAN dengan skrip filem Pulang, pelakon Remy Ishak mengakui bahawa dia tersentak selepas...

Pembeli Perlu Fahami Dasar...

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menasihatkan pembeli supaya memahami...

Permintaan Telur Ayam Tinggi, Bekalan Pula Kurang

GEORGETOWN : Bekalan telur ayam di negeri ini kini dikatakan semakin berkurangan berikutan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha pasar raya mini dan restoran makanan termasuk premis nasi kandar.

Ini susulan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) melibatkan 12 barangan keperluan makanan yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu hingga 4 Februari depan.

Berdasarkan SHMKM, harga runcit bagi telur ayam Gred A dijual pada harga 43 sen sebiji, 41 sen bagi Gred B manakala Gred C 39 sen sebiji.

Seorang pemborong telur ayam yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli, 43, berkata, berlaku kekurangan bekalan telur ayam bagi ketiga-tiga gred tersebut sejak pelaksanaan skim ka­walan harga baharu mulai Sabtu lalu.

Menurutnya, terdapat pe­ning­katan terhadap tempahan barangan keperluan itu terutama dalam kalangan peniaga kedai runcit, pasar raya mini dan besar serta pengusaha restoran makanan termasuk nasi kandar sehingga 80 peratus.

“Rata-rata mereka mula menempah bekalan telur dalam kuantiti yang banyak iaitu antara 40 hingga 50 bekas setiap hari bermula minggu ini.

“Berbanding Disember tahun lalu, tempahan telur hanya dibuat tiga kali dalam seminggu iaitu maksimum dalam 20 bekas sahaja.


“Berikutan permintaannya yang tinggi, bekalan telur semakin berdepan kekurangan susulan penurunan harga dalam skim kawalan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Dalam pada itu, Zulkifli turut mengakui masih terdapat sebahagian kecil peniaga runcit di pasar awam negeri ini menolak menjual bekalan telur berikutan memperoleh nilai keuntungan yang terlalu kecil iaitu hanya satu sen.

“Ramai mereka (peniaga runcit) merungut akan kenaikan kos plastik hari ini sehingga memberi kesan terhadap perniagaan mereka.

“Disebabkan itu, peniaga terpaksa memutuskan untuk tidak lagi menjual telur ayam kerana tidak sanggup berdepan kerugian disebabkan beberapa kenaikan barangan mentah,” ujarnya yang mendapatkan bekalan telur dari Seberang Perai Selatan dekat sini.

Sementara itu, seorang peniaga runcit di pasar awam daerah Barat Daya yang juga mahu dikenali sebagai Ali, 45, berkata, dia tetap dengan keputusan untuk tidak memasarkan lagi telur ayam kerana tidak sanggup menanggung kerugian.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori