Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Presiden Rusia Ucap Tahniah...

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Hassan Rouhani atas kejayaan...

Kerajaan Disaran Tambah Bilangan...

KUALA LUMPUR - Seorang Anggota Parlimen Bebas mencadangkan agar kerajaan menambah bilangan pakar...

Azwanddin Tak Mengaku Salah...

KUALA LUMPUR - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah mengaku tidak...

Serangan Ohio State Uni,...

KUALA LUMPUR - Semua pelajar Malaysia dilaporkan selamat susulan kejadian serangan di Ohio...

Peserta Perhimpunan Langgar Undang-Undang – Hamzah

LARUT : Tindakan para peserta Perhimpunan Tangkap Azam Baki yang diadakan sekitar ibu negara hari ini melanggar undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mereka melanggar undang-undang kerana berhimpun beramai-ramai.

“Mereka yang berhimpun mahu memperjuangkan keadilan undang-undang namun tidak sedar tindakan mereka itu telah melanggar undang-undang kerana berhimpun beramai-ramai. Kita tak mahu orang melanggar undang-undang tapi kita sendiri pula yang melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di Arena Square Kampung Masjid Ijok, Selama, dekat sini hari ini.

Mengenai kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, Hamzah berkata, kerajaan memberi jaminan akan menggunakan segala perundangan untuk kes tersebut.


“Suruhanjaya Sekuriti telah pun mengeluarkan kenyataan, jadi kita serah dulu pada suruhanjaya itu. Selepas itu, kalau ada lagi tindakan selanjutnya, sebagai Menteri Dalam Negeri sedia melihat kaedah-kaedah lain termasuk menggunakan segala undang-undang yang ada untuk kendalikan kes.

“Jadi, tak perlulah untuk mendahului orang lain dalam soal ini sebaliknya serahkan sepenuhnya pada badan perundangan untuk menentukannya,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori