Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kumpulan Pertama 442 Jemaah...

SEPANG - Kumpulan pertama 442 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang...

Menang Saman Fitnah, Nurul...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Ahli Parlimen Permatang Pauh,...

PM: Saya Tidak Dibayar...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan beliau tidak dibayar sebarang imbuhan...

Kemalangan LRT Pertama Kali...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menyatakan insiden...

Petronas Umum Penemuan Gas Di Perairan Cetek Balingian

KUCHING : Balingian terus mendapat perkhabaran gembira apabila pencarian di telaga cari gali ‘wildcat’, sekali lagi berjaya menemui gas.

Khabar gembira tersebut diumumkan Naib Presiden Cari Gali Huluan Petronas, Emeliana Rice-Oxley di Kuching semalam.

Emeliana berkata, gas tersebut ditemui di telaga cari gali ‘wildcat’ Hadrah-1, Blok SK411 yang terletak di perairan cetek wilayah Balingian, kira-kira 170 kilometer barat laut dari pesisir Sarawak.

“Usaha tersebut dilaksanakan anak syarikat Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd.

Setakat November tahun lalu katanya, Telaga Hadrah-1 telah digerudi sehingga kedalaman 1,850 meter.

“Gas tersebut ditemui dalam jujukan tebal batu pasir dan takungan karbonat berkualiti tinggi, pada kira-kira 200 meter,” katanya.

Penemuan ini jelas Emeliana, memberi harapan positif bahawa akan ada penemuan lain akan ditemui di kawasan yang belum diterokai di kawasan Balingian seperti Kitaran I, II dan III; dan ini membayangkan kawasan ini boleh dikomersialkan.


“Kualiti takungan terbaik yang ditemui menandakan baki kawasan yang belum diterokai dan dimanfaatkan di Blok SK411 dan SK306 juga memiliki potensi yang tinggi.

PCSB jelasnya, kini berada pada kedudukan terbaik untuk meneruskan usaha ini, yang diyakini menawarkan lebih banyak gas asli, dan bahan api fosil yang bersih dan selamat.

Penemuan kawasan ini merupakan kejayaan ketiga Petronas di kawasan tersebut pada 2021 selepas Sirung-1 ditemui pada Mac dan Kulintang-1 pada Mei. Pada 2019, minyak dan gas ditemui di kawasan medan D18.

PCSB merupakan pengendali blok ini, dengan 90 peratus kepentingan manakala bakinya dimiliki E&P Malaysia Venture Sdn Bhd.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori