Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KTMB Lancar Tren Shuttle...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memulakan perkhidmatan tren ulang...

IATA Hentikan Pelaksanaan Inisiatif...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menghentikan pelaksanaan inisiatif 'Cabin OK'...

Xiaomi Redmi 3 Pro...

AWAL tahun ini, Xiaomi telah memperkenalkan Xiaomi Redmi 3 untuk pasaran peranti mampu...

Belanjawan 2023: Ekonomi Negara...

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus bagi 2023, demikian kata...

PH Anggap Bubar DUN Johor Desakan Untuk PRU-15

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor adalah satu tindakan diatur untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen dan melaksana Pilihan Raya Umum ke-15 segera.

Dalam kenyataan hari ini, mereka menjelaskan, pada ketika rakyat terutama di Johor masih terbelenggu dengan isu ekonomi, wabak COVID-19 dan banjir, PRU Johor akan membebankan rakyat.

Bagaimanapun katanya, PH sudah membuat keputusan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Isu-isu persiapan termasuk agihan kerusi, pelancaran jentera pilihan raya, penamaan calon Menteri Besar serta sebarang kerjasama atau persefahaman politik dengan parti-parti pembangkang yang lain akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau.

Mereka juga meminta SPR memperbetul prosedur operasi standard (SOP) bagi kempen PRN kelak memandangkan jumlah kemasukan ke hospital ekoran COVID-19 stabil, selain jumlah penerima dos kedua yang tinggi, mencecah 80 peratus dan dos penggalak lebih 30 peratus.

Katanya, ini termasuk membolehkan aktiviti seperti ceramah serta kempen bersemuka diadakan dengan selamat sepanjang tempoh berkempen bagi PRN berkenaan.


“Membenarkan ceramah dan aktiviti kempen bersemuka seperti pemberian bahan cetak rumah ke rumah dibenarkan dengan pematuhan ketat SOP selain akses media diberi kepada semua parti secara adil dari segi ruangan masa dan ruangan cetak sama ada akhbar atau media dalam talian.

“SPR digerakkan dengan aktif untuk berada di kedutaan Malaysia di Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia serta negara-negara lain untuk memastikan undi pos dapat dilaksana dengan baik, selain tempoh kempen sekurang-kurangnya 21 hari,” katanya.

Majlis Presiden katanya bertekad merangkul seluruh kekuatan pembangkang dan masyarakat sivil dalam usaha memenangi PRN berkenaan.

“Bukan saja demi memenangi semula mandat rakyat yang sudah diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-14, tetapi dengan matlamat membentuk sebuah kerajaan negeri lebih stabil demi masa depan Johor yang lebih baik,” katanya.

DUN Johor dibubarkan secara rasmi semalam selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, sementara SPR dijadual mengadakan mesyuarat khasnya pada 9 Februari depan bagi menentukan tarikh-tarikh penting iaitu hari penamaan calon, hari mengundi awal serta hari mengundi biasa bagi PRN Johor.

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori