Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Minum Teh, Kopi Panas...

MENIKMATI minuman teh atau kopi panas boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser oesophageal, dedah...

Komunikasi Konvensional Dan Media...

KUALA LUMPUR - Kaedah komunikasi secara konvensional masih relevan dipraktikkan meskipun dunia kini...

Krisis Politik Selangor: PAS...

PANAS... Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat untuk...

Proton Persona Versi Baharu...

AKHIRNYA, model terbaharu Proton Persona dilancarkan secara rasmi secara serentak di seluruh negara...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Gabungan parti DAP, PKR dan PAN itu kata penggal pentadbiran kerajaan berbaki lebih setahun sahaja lagi.

Mengapa tidak boleh tunggu sehingga keadaan kesihatan dan ekonomi lebih stabil?

Tetapi rakyat kata keadaan kesihatan dan ekonomi tidak akan stabil selagi tiada kestabilan politik.

Negara malah lebih tidak stabil selagi PH masih menduduki sebahagian kuasa politik Malaysia.

Mana-mana ruang yang boleh distabilkan harus distabilkan dulu. Melaka, Sarawak telah distabilkan.

Kini ada peluang untuk rakyat mengembalikan kestabilan politik di Johor. Mengapa perlu tunggu lagi?

Lagipun rakyat mahu nyahkan PH di Johor seperti yang mereka lakukan di Melaka dan Sarawak.

Rakyat mahu membalas segala fitnah dan penipuan mereka semasa PRU-14 yang masih menghantui sehingga hari ini.

PH kata PRN Johor helah UMNO untuk mengambil kesempatan daripada kesukaran pengundi balik kampung.

Ini bukan masa yang sesuai kerana virus varian Omicron, banjir dan isu ekonomi yang sedang dihadapi rakyat.

Rakyat jawab PRN Melaka dan Sarawak membuktikan pilihan raya dengan SOP ketat tidak mencetuskan gelombang Covid-19.


Risikonya sama seperti kebenaran beriadah, membeli-belah, melancong, namun kepatuhan SOP penularan dapat dielakkan.

PH sangat hipokrit dalam soal itu kerana PH menyokong perhimpunan jalanan di ibu negara baru-baru ini.

Anak muda dikerahkan bersesak-sesak dan berpusu-pusu berkumpul dibawah panas terik tanpa penjarakan sosial.

PH lebih hipokrit apabila menyatakan PRN Johor tidak sesuai kerana rakyat sedang berdepan kesulitan ekonomi.

Walhal PH di Parlimen menyokong Menteri Kewangan tidak benarkan rakyat mengeluarkan wang KWSP.

PH kata pelaksanaan PRN menelan belanja sekurang-kurangnya RM150 juta satu pembaziran wang rakyat.

Rakyat kata itu bukan pembaziran sebaliknya pelaburan untuk mengembalikan kestabilan politik di Johor.

Selepas PRU-14, kerajaan PH dan kemudian kerajaan Perikatan Nasional (PN) buat hutang negara hampir mencecah RM1 trilion.

Hutang yang tidak nampak manfaatnya kepada rakyat itu yang sebenar-benarnya suatu pembaziran.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori