Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Rezeki Farahanim Razak Hamil...

SETIAP perkahwinan pastinya menantikan kehadiran cahaya mata yang ditunggu-tunggu. Lagi bertambah seronok bila...

Pelajar Tingkatan Satu Lemas,...

KUALA NERUS - Seorang pelajar tingkatan satu ditemui lemas manakala seorang lagi masih...

Perlu Tidur Cukup Untuk...

KUALA LUMPUR - Nyaris maut akibat terlelap ketika memandu menjadikan Khairul Nizam Ahmad...

Abang “Sado” Paling Lawak...

Abad ke-21 ini aktiviti membina badan menjadi "trend" gara-gara mahukan bentuk badan idaman...

PKR Yakin Sokongan Rakyat Johor Terhadap PH Masih Kuat

KLUANG: PKR Johor yakin sokongan rakyat negeri ini terhadap Pakatan Harapan (PH) masih kuat sama seperti yang diraih ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Susulan itu, Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis, berkata pihaknya berharap strategi pilihan raya termasuk meletakkan calon boleh menang yang mempunyai rekod terbaik terus menjadi kriteria utama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti, selain lebih ramai calon wanita ditampilkan kali ini.

“PH masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat Johor dan ia perlu dijadikan tonggak untuk kita meraih undi kemenangan pada PRN Johor ini.

“Kita berharap calon wanita Johor yang ditampilkan pada PRN ini lebih banyak daripada PRU-14, tetapi yang paling utama ialah calon itu mesti ada ciri boleh menang dan memiliki rekod yang baik,” katanya.

Napsiah berkata, pihaknya juga akan menggembleng kekuatan jentera wanita bagi memastikan kemenangan pada PRN Johor.


“Wanita dikaitkan dengan sikap suka bercakap, tetapi kita bercakap mengenai isu rakyat. Kita mahu rakyat tahu masalah negara, isu ekonomi dan sebagainya.

“Kita berharap pengundi muda termasuk mereka yang berusia 18 tahun yang kali pertama mengundi pada PRN ini supaya membuka mata dengan isu semasa negara serta bantu memperjuangkannya.

“Golongan muda menjadi tonggak negara dan merekalah yang akan menentukan masa depan negara ini berubah menjadi lebih baik,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori