Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Rentung Dalam...

KOTA KINABALU - Seorang warga emas rentung selepas rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin...

SPRM Tahan Bekas CEO...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah syarikat...

Khaled Nordin Harap Rakyat...

PASIR GUDANG - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selesai mengundi...

Ismail Sabri Serlahkan Ciri...

KUALA LUMPUR : Penggunaan bahasa Melayu di pentas forum antarabangsa dan mesyuarat dua...

PM Ingatkan Semua Anggota Kabinet Punyai Peranan Masing-masing

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi peringatan kepada semua anggota Kabinet bahawa masing-masing mempunyai peranan dalam menghadapi krisis yang melanda negara ketika ini.

Perdana Menteri dalam kemas kini di laman Facebook berkata, beliau akan memastikan semua pihak memikul tanggungjawab sebaik-baiknya bagi memastikan urusan pengagihan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara berjalan lancar.

“Berikutan bencana banjir negara, saya akan pastikan setiap pihak menggalas tugas sebaiknya dalam melancarkan urusan pemberian bantuan-bantuan kerajaan. Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan,” katanya dalam kenyataan tersebut, pada Rabu.

Jelas Ismail Sabri, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pertama pada 2022 yang dipengerusikan oleh beliau pagi tadi.

Perdana Menteri menambah, beliau percaya dan yakin dengan tumpuan dan dedikasi daripada semua, cabaran yang dihadapi negara dapat dilalui dengan tenang sebagai sebuah Keluarga Malaysia.


Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri, berkata selain isu pengurusan banjir dan pascabanjir, mesyuarat Kabinet turut memberi penekanan terhadap isu penangguhan ibadah umrah bagi jemaah Malaysia, atas sebab penularan varian Omicron di Tanah Suci.

Terdahulu, dalam perutusan khas sempena tahun baharu 2022, Perdana Menteri mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia melibatkan pemberian tunai kepada mangsa banjir yang boleh mencecah RM10,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori