Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pesawat MH2664 Alami Kegagalan...

PUTRAJAYA: Laporan awal siasatan insiden pesawat Malaysia Airlines Bhd. (MAB) penerbangan MH2664 mendedahkan...

Mayat Pendaki Tiba Di...

HULU LANGAT - Jasad pendaki yang terjatuh ketika memanjat Gunung Nuang, Hulu Langat,...

Peluru Berpandu Tembak MH17...

MOSCOW - Tentera Rusia berkata hari ini, peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat...

Linda Hashim Pelik Nama...

LINDA Hashim dan Beego beranggapan ia bukanlah sesuatu yang pelik untuk meletakkan nama anak mereka,...

PN Diramal Sukar Saingi BN Di Johor

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) diramal sukar menyaingi UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, malah Pakatan Harapan (PH) dijangka mencatat pencapaian yang lebih baik daripada gabungan dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS itu.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan, berkata kemampuan PN sudah dapat dinilai pada PRN Melaka dan mereka juga diyakini tidak mampu memberi saingan sengit di Johor.

Moral perjuangan penyokong PN juga sudah jatuh apabila Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlalu awal mengumumkan tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

PAS juga dilihat kurang yakin BERSATU dapat membantunya pada PRN Johor apabila kembali menghulurkan salam kerjasama kepada UMNO sebelum bermuzakarah dengan BERSATU, semalam.

“Ya (laluan mudah untuk BN), bukan kerana BN itu terlampau kuat, tetapi kerana PN dan PH itu sendiri terlalu lemah dan banyak mengambil tindakan yang menembak kaki sendiri, menyerah bola tanggung kepada UMNO.

“Berlandasakan pencapaian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sememangnya PH adalah pencabar (BN), sebab itu juga Tan Sri Muhyiddin tak mahu bertanding di DUN Gambir sebab dia tak akan dapat undi masyarakat Cina sebanyak 30 peratus,” katanya kepada BH, hari ini.

Turut senada ialah penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian yang berkata, BN sebagai penyandang tidak mungkin membuat pengisytiharan pembubaran DUN tanpa keyakinan mampu mendapat manjoriti.

UMNO menerusi BN juga bergantung kepada teras sokongan yang tidak berubah dan mendapat manfaat daripada perpecahan undi dalam kalangan parti pesaing.

“PRN Johor bukan sahaja membabitkan UMNO-BN, PH dan PN, bahkan PEJUANG dan MUDA, saingan itu berpecah kepada lima penjuru atau lebih.


“Setiap perpecahan itu memberi nilai tambah kepada BN sebab ia tak ganggu teras sokongan yang dimilikinya.

“Trendnya sama seperti PRN Melaka iaitu perpecahan sokongan pengundi Melayu kepada PH mengalir kepada PN dan BN sendiri tidak harapkan aliran itu kembali kepada mereka kerana sudah mempunyai sokongan teras,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Dr Jeniri Amir, berkata trend sokongan pengundi kepada parti penyandang kerajaan seperti berlaku pada PRN Melaka dan Sarawak, tahun lalu dijangka berterusan di Johor.

Ia berpunca daripada kekecewan pengundi terhadap prestasi kerajaan PH dan PN di peringkat Pusat yang tidak memberangsangkan dan bergelut dengan masalah kestabilan.

“Kita juga tahu BERSATU bukannya kuat sangat kerana kekuatannya adalah hasil lompatan wakil rakyat dari BN. Ini juga jadi punca kenapa Tan Sri Muhyiddin tidak bertanding, sebab dia tahu akan kalah.

“Persaingan banyak penjuru juga menjejaskan PN dan PH. Fenomena di Melaka akan berlaku iaitu undi BN tetap kukuh dan undi kepada pesaing akan berpecah,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori