Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Individu Rasuah Sultan Johor...

PUTRAJAYA - Individu dipercayai cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berhubung anugerah...

Hari Bahasa Arab Sedunia...

BANGI - Hari Bahasa Arab Sedunia (WALD 2016) disambut meriah di sini bermula...

KPM Serah Kes Gunting...

BACHOK - Kementerian Pendidikan akan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung...

PU Sendayan Bawa Transformasi...

SEREMBAN – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pangkalan Udara (PU)...

Polis Panggil Penganjur Himpunan #TangkapAzamBaki

KUALA LUMPUR : Polis akan memanggil penganjur perhimpunan #TangkapAzamBaki di Jalan Bangsar, di sini, untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata ketika ini, pihaknya masih mengenal pasti penganjur perhimpunan berkenaan untuk tindakan susulan.

“Kita juga mendapati tiada insiden tidak diingini ketika himpunan itu. Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit aktiviti yang dikhuatiri menyebabkan penularan COVID-19,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media melaporkan ratusan individu berbaju hitam dipercayai peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki berkumpul di kawasan Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di sini, jam 11 pagi.


Mereka kemudian berarak sejauh 600 meter dari Jalan Bangsar menghala persimpangan lampu isyarat ke Brickfields sambil melaungkan pelbagai slogan dan menyanyi menggunakan sistem pembesar suara, diiringi paluan gendang.

Pada peringkat awal perarakan, peserta himpunan dilihat gagal mematuhi peraturan penjarakan fizikal, sebelum pihak penganjur mengingatkan peserta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kawalan COVID-19 itu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori