Tuesday, September 17, 2024

Creating liberating content

GAMIS Kena Kembali Kepada...

ARAU - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) seharusnya kembali kepada Budaya Baru Politik...

Saksi Kes Rasuah Dakwa...

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad...

Harga Minyak Petrol RON97...

PUTRAJAYA - Harga runcit bagi minyak petrol RON97 turun sebanyak 11 sen seliter...

Sabah Komited Pastikan Pengurusan...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah komited untuk memastikan penggunaan sumber hutan di negeri...

Polis, Tentera Indonesia Siasat Sindiket Seludup PATI Ke Malaysia

JAKARTA: Polis dan tentera Indonesia membuka kertas siasatan berhubung sindiket membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) warganya ke Malaysia.

Menurut portal rasmi berita Polis Sumut, Sumatera Utara, siasatan membabitkan laluan penyeludupan melalui perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor itu diarahkan selepas dua anggota tentera republik itu turut terbabit.

Menurut Pengarah Siasatan Jenayah Polis Sumatera Utara, Tatan Dirsan Atmaja, beberapa suspek antara 18 yang ditahan sudah dituduh berperanan sebagai ejen termasuk menguruskan perjalanan kapal.

“Cara kerjanya menggunakan ejen, kemudian berkomunikasi dengan telefon bimbit, dijemput dan dibawa ke tempat perlindungan, di mana masa ditentukan untuk dibawa ke kapal dan dihantar,” katanya.

Tambah beliau, agensi itu menetapkan bayaran antara Rp10 juta (RM2,900) hingga Rp11 juta seorang untuk menghantar ke Malaysia melalui pelabuhan tikus di Batubara, Medan.

Mengenai punca nahas bot karam pada 15 Disember lalu, Tatan berkata enjin pam air rosak dan lebihan muatan menjadi faktor utama.

“Ada dua buah kapal yang berlepas iaitu yang pertama membawa 60 orang dan bot kedua yang karam membawa 50 orang,” katanya.

Dalam tragedi itu, bot kedua terbabit karam pada kira-kira jam 4.30 pagi akibat cuaca buruk mengorbankan 21 orang, 16 dipercayai hilang dan 13 terselamat.


Terdahulu ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Benny Rhamdani, pada 28 Disember lalu mendedahkan kewujudan pembabitan anggota tentera udara dan laut dalam kejadian itu.

Hasil siasatannya mendapati ada pihak secara khusus terbabit dalam proses penghantaran dengan membantu menyediakan pengangkutan dari lapangan terbang ke lokasi pelabuhan sehingga berangkat.

Mengulas mengenai perkara itu, Jenderal Andika Perkasa, yang mengangkat sumpah sebagai Panglima Tentera Nasional Indonesia pada 17 November lalu, dilaporkan berkata sudah menerima laporan mengenai dakwaan pembabitan dua anggotanya.

Beliau berkata, pembabitan anggota tentera berpangkat sarjan di Pangkalan Udara Batam dan anggota tentera laut berpangkat koperal bertugas di Bintan, Riau dalam kes berkenaan sedang disiasat secara terperinci.

“Seluruh tindakan yang melanggar hukum harus diproses termasuk berkaitan dengan pemerdagangan manusia,” tegas Andika.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori