Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Syabu: Pemandu Teksi Terselamat...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi terselamat daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi...

Alvin Goh Ditahan Semula...

KUALA LUMPUR - Suspek utama kes pengubahan wang haram, Goh Leong Yeong atau...

Ketua Geng Rogol, Bunuh...

JAKARTA - Sebuah mahkamah Indonesia di Curup, menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki...

APMM Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan tiga bot...

Presiden Turkmenistan Arah Kawah ‘Mulut Neraka’ Ditutup

ASHGABAT: Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov membuat keputusan untuk menutup sebuah kawah berapi yang digelar sebagai ‘Mulut Neraka’.

Bagi tujuan tersebut, Berdimuhamedov mengarahkan barisan kepemimpinannya mencari mana-mana pakar di seluruh dunia yang boleh memadamkan api dalam kawah tersebut.

Mulut Neraka yang dipenuhi dengan gas metana itu sudah terbakar sejak saintis era Soviet menyalakan api di dalamnya pada 1971.

Api yang menyala dalam kawah seluas 70 meter itu boleh dilihat dari jarak jauh dan sering menjadi tumpuan orang ramai, termasuk pelancong dari seluruh dunia.

Kawah itu terletak di Gurun Karakum, kira-kira 257 kilometer ke utara Ashgabat.


Berdimuhamedov mengarahkan kawah berapi itu ditutup kerana mendakwanya merosakkan keadaan sekitar.

Selain itu, kesihatan para penduduk turut terjejas akibat asap yang dikeluarkan dari kawah tersebut.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori