Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Azmin Enggan Ulas Tidak...

SHAH ALAM – Timbalan PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas dakwaan...

Umat Islam Harus Tahu...

PHANG NGA (Selatan Thailand) - Umat Islam harus tahu cara untuk mengendalikan perbezaan...

Trump Haram Askar Pondan,...

WASHINGTON DC - Pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara mengejut mengharamkan...

Baling Bah Lagi, 4...

BALING : Daerah ini sekali lagi dilanda banjir apabila empat mukim ditenggelami air,...

PRN Johor: BERSATU, PAS Bertanding Guna Logo PN

SHAH ALAM : PAS dan BERSATU akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menggunakan logo Perikatan Nasional.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu dipersetujui hasil muzakarah antara kedua-dua parti berkenaan.

“Hasil resolusi muzakarah yang diadakan, kita akan menyertai PRN Johor sebagai PN.

“Kita juga akan memperkukuhkan jalinan kerjasama PAS dan BERSATU sebagai satu pasukan sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, PN bakal menampilkan gabungan calon muda serta berpengalaman pada pilihan raya berkenaan.

Bagaimanapun beliau berkata, soal calon bakal bertanding akan diputuskan dalam tempoh terdekat membabitkan semua parti komponen PN termasuk agihan kerusi yang akan ditandingi.

“Kita akan putuskan… insya-Allah akan bincang perkara itu kerana yang penting hasrat kita bertanding bagi mendapatkan mandat rakyat Johor, bangsa Johor untuk bentuk kerajaan PN di peringkat negeri.

“Dari segi calon, kita akan mengambil contoh di (PRN) Melaka yang menyaksikan gabungan orang berpengalaman dan anak muda kerana di Johor ramai tokoh berkelayakan,” katanya.


Katanya, memandangkan Johor sebuah negeri yang besar, PN akan menyusun semula strategi dengan mengambil kira keputusan PRN Melaka baru-baru ini.

“Kita mengambil daya usaha untuk melonjakkan sokongan undi penentu dalam kalangan pengundi atas pagar dan anak muda menerusi penjenamaan serta mesej jelas yang diterima rakyat,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi ketika ditanya mengenai Muafakat Nasional (MN) di Johor, beliau sekadar tersenyum dan meminta soalan terbabit ditanyakan kepada UMNO.

PRN Johor bakal diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Januari lalu.

Susulan pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari depan bagi menentukan tarikh penting seperti hari penamaan awal, mengundi awal dan mengundi biasa.

Mesyuarat akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh itu antara lain membincangkan tarikh bagi writ pilihan raya dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi mendepani PRN berkenaan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori