Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

9 Rumah Sewa Musnah...

DENGKIL : Deretan teres rumah sewa satu tingkat dihuni seramai 25 orang, musnah...

Pelajar Tahfiz Tunai Umrah,...

PERTENGAHAN bulan lalu, Malaysia telah dikejutkan dengan satu berita yang menyayat hati apabila...

Kamal Hisham Tak Mengaku...

JOHOR BAHARU - Peguam kontroversi Kamal Hisham Jaafar mengaku tidak bersalah di mahakamah...

Ku Nan Kesal Difitnah...

ALAHAI... Fitnah yang ditabur semacam ini memang telah jelas nawaitunya. Ini sengaja dibuat...

PRN Johor: BN Bertanding Solo, Yakin Peroleh Dua Pertiga Kerusi

JOHOR BAHRU : Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata gabungan itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan yakin memperoleh kemenangan dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN dan tidak memerlukan kerjasama dengan mana-mana parti yang berada di luar BN.

“Kita akan cadangkan kepada BN Pusat untuk BN Johor bertanding sendirian dalam PRN, kita yakin boleh menang tetapi apa pun keputusan ini terpulang kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Taklimat Pilihan raya MIC Negeri Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Pengerusi MIC Johor, R Vidyananthan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN di Istana Bukit Serene, Johor Bahru semalam.


Berkaitan keputusan pembubaran DUN Johor yang dikatakan tidak berbincang dengan BERSATU dan PAS serta didakwa hanya keputusan UMNO sendirian, beliau berkata, pihaknya tidak perlu mendapatkan persetujuan daripada parti lain.

Beliau berkata, ini kerana PRN adalah diasaskan kepada Bahagian Kedua dan Ketiga Fasal 23 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 yang membenarkan pihaknya membubarkan DUN sebelum tamat tempoh lima tahun tanpa menerima persetujuan mereka.

“Itu yang pertama, kedua pembubaran DUN hanya boleh dibuat Sultan Johor dan kita sudah patuhi kedua-dua fasal dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri, oleh itu perkara ini tidak berbangkit.

“Oleh itu, mesyuarat majlis kerajaan (MMK) negeri yang diadakan semalam hanyalah untuk memaklumkan berkaitan pembubaran DUN dan bukannya untuk mendapat persetujuan mereka,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori