Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kyiv Akui Hampir 9,000...

KYIV: Ketua Angkatan Tentera Ukraine mengakui kira-kira 9,000 tentera negara itu terkorban dalam...

Polis Tahan 3 Lelaki,...

JOHOR BAHARU - Polis menahan tiga lelaki dan merampas 308 poster iklan pinjaman...

Selepas Manila, GrabHeli Ditawarkan...

JAKARTA - Bermula daripada motosikal, kini GrabHeli diperkenalkan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu...

RON95 Gred Tinggi E4M...

PUTRAJAYA - Gred petrol RON95 berkualiti tinggi dengan spesifikasi standard bahan bakar Eropah...

PRN Johor: BN Kaji Sama Ada Akan Kerjasama Dengan PAS

JOHOR BAHRU : UMNO dan Barisan Nasional (BN) belum memuktamadkan keputusan sama ada akan bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara itu masih diteliti secara mendalam buat masa ini.

“Kita perlu melihat dan mengkaji dengan teliti (kerjasama dengan PAS). Ia kerana majoriti kepimpinan pada semua peringkat bahagian serta akar umbi mahu BN bergerak bersendirian pada PRN ini.

“Namun pada peringkat pemimpin tertinggi, kita akan meneliti dengan sebaik-baiknya sebelum apa jua keputusan dibuat.


“Ini supaya apa yang diputuskan nanti hanya akan mendatangkan faedah serta kebaikan kepada BN dan bukan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pertemuan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan komponen BN Johor, di sini, hari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori