Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lima Suspek Culik Dan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lima suspek warga Myanmar ditahan...

Guna Artis ‘Cuci Duit’,...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)...

Wujud Dalang Dalam KPDNHEP:...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendedahkan wujud...

Remaja 13 Tahun Ditahan...

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan pihak polis atas dakwaan mengugut mahu...

PRN Johor: Pejuang Akan Bertanding 42 Dari 56 Kerusi Secara Solo

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bertanding secara solo di 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada pilihan raya negeri yang bakal diadakan, kata Ketua Pejuang Johor Dr Shahruddin Md Salleh.

Walaupun berpendirian untuk tidak menyokong mana-mana pihak dalam PRN Johor itu nanti, Saharuddin berkata parti itu terbuka sekiranya mana-mana parti ingin bekerjasama dengan mereka dalam PRN tersebut.

“Calon yang dipilih adalah dalam kalangan belia, wanita, profesional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bekas Adun, bekas pegawai kerajaan, ahli perniagaan. Nama calon akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Keutamaan lokasi calon Pejuang dinilai berdasarkan majoriti pengundi Melayu di kawasan masing-masing,” katanya seperti dipetik Harian Metro semalam.

Mengulas lanjut, Saharuddin yang juga bendahari pusat Pejuang berkata dia yakin calon yang dipilih mempunyai kriteria yang dipercayai tidak akan melompat parti.

Kenyataan itu dibuat selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan DUN Johor, sekaligus membuka laluan untuk PRN diadakan.


“Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Khabar angin mengenai PRN Johor sebelum ini menjadi bualan berikutan kematian Adun Kempas Datuk Osman Sapian bulan lepas menjadikan kerajaan pimpinan Umno hanya memiliki majoriti satu kerusi dalam DUN Johor.

PRN Johor dijangka akan diadakan pada Februari ini.

Pada masa ini, kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi merangkumi Umno (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam).

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori