Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pergiatkan Promosi MGDM Hasilkan...

PUTRAJAYA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggesa Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)...

Suspek Pecah Masuk Kedai...

JOHOR BAHRU - Suspek yang ditahan polis dalam kes pecah masuk sebuah kedai...

Video: Bangla Dibelasah, Cuba...

VIDEO memaparkan seorang lelaki Bangladesh dibelasah tanpa belas kasihan hingga bermandi darah kini tersebar...

Anwar Perlu Ke Parlimen...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pakatan rakyat tetap mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PRN Johor: SPR, Parti Politik Digesa Tambah Baik Kaedah Undi Pos

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mewujudkan satu kaedah undi pos bagi membolehkan lebih 400,000 rakyat Malaysia termasuk pengundi Johor di Singapura untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Undang Undang dan Advokasi Majlis Belia Malaysia, Fared Khalid, melihat, selain SPR, parti dan ahli politik juga perlu memainkan peranan besar bagi membolehkan perkara ini menjadi kenyataan.

“Kita kena tiru dan ambil semangat Indonesia yang membuka kedutaan mereka di Johor semasa pemilihan presiden dahulu.

Tetapi kita, tak nampak ada usaha terhadap penubuhan pusat pengundian di kawasan kedutaan kita terutama empat negara iaitu Singapura, Brunei, Thailand (selatan) dan Indonesia (Kalimantan).

“Ini memerlukan kemahuan menyeluruh daripada semua parti dan ahli politik. Ini bukan khusus untuk mana-mana parti sebab semasa Barisan Nasional kita tidak nampak usaha itu, semasa Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional ambil alih, sama juga.

“Mungkin rakyat juga kena main peranan, gesa untuk memudahkan pengundian secara pos, kalau benar kita cintakan dan mahu raikan demokrasi,” katanya ketika ditemu bual dalam Buletin AWANI hari ini.


Tambahnya lagi, dengan situasi semasa, tidak banyak yang boleh dilakukan kerana peraturan pengundian luar negara sudah digariskan dalam Peraturan 3(1) hingga (4) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

“Tak ada banyak pilihan dan kita tak boleh nak cakap apa pun, sebab perkara ini sudah digariskan dalam undang-undang.

“Mereka yang berada di luar negara, Singapura khususnya, tak ada pilihan, kena balik mengundi.

“Kita memang tak nampak usaha usaha penambahbaikan peraturan pilihan raya dan ini satu kerugian besar,” katanya.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori