Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Awan Berbentuk Kalimah Allah...

SUBHANALLAH... Ketika penduduk di sekitar Selat Sunda masih lagi bimbang dengan status Anak...

Grand Prix F1 Malaysia...

KUALA LUMPUR - Litar Antarabangsa sepang (SIC), yang terkenal di seluruh dunia, akan...

Dituduh Buat Gangguan Seksual,...

CALON presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berikrar akan menyaman kesemua wanita yang pernah...

Keluarga Akur AS Tolak...

KUALA LUMPUR - Keluarga warga Indonesia, Riduan Isamuddin atau dikenali sebagai Hambali, dalang...

Puting Beliung Disebabkan Ribut Petir

KUALA LUMPUR: Puting beliung berlaku disebabkan pertembungan angin yang boleh menjana pusaran angin pada awal pembentukan ribut petir.

Pakar Klimatologi, Prof Dr Fredolin Tangang, berkata fenomena puting beliung yang turut dipanggil belalai darat ini, berlaku apabila pusaran angin ini bercantum dengan angin yang begerak ke atas seperti yang dilihat berlaku di beberapa tempat pada masa ini.

Fenomena puting beliung ini katanya bukanlah sesuatu yang baru, ia pernah berlaku sebelum ini dan bersifat bermusim.

“Pembentukannya lebih terkait dengan ribut petir yang sering berlaku pada petang dan lewat petang pada musim perantaraan monsun iaitu pada bulan April hingga Mei dan terutamanya pada bulan September hingga Oktober.

“Pada bulan yang dinyatakan, oleh kerana keadaan angin di atas yang lemah, proses perolakan tempatan boleh terbentuk dengan mudah, menyebabkan ribut petir dan pembentukan ribut ini boleh menjana puting beliung.

“Cuma kali ini, ia berlaku dalam bulan Januari di mana kita masih berada pada musim tengkujuh,” katanya kepada BH.

Semalam, kejadian puting beliung yang berlaku kira-kira jam 6 petang menyebabkan lebih 300 rumah di beberapa kampung sekitar Ipoh termasuk Kampung Tawas, Taman Tasik Damai, Taman Desa Seri Chepor dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya terjejas.

Selain kediaman mengalami kerosakan teruk, kejadian puting beliung itu turut menyebabkan pokok tumbang merintangi jalan dan menghempap kenderaan.

Khamis lalu, kejadian puting beliung turut berlaku di kawasan Bukit Kayu Hitam, Alor Setar dan menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz Aziz, kejadian itu berkemungkinan besar boleh berulang dan membawa kemusnahan lebih teruk.


Mengulas lanjut, Fredolin yang juga Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata ribut petir menyerupai musim perantaraan monsun ini mungkin berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk La Nina.

Fredolin berkata, berdasarkan kajiannya dan kumpulan UKM, fenomena La Nina dengan kekuatan sederhana yang sedang berlaku menyebabkan penumpuan kelembapan udara meningkat di Semenanjung Malaysia pada bulan bulan Disember-Januari-Februari.

“Apa yang dialami pada masa ini adalah konsisten dengan dapatan kajian kami. Selain itu, ia juga berlaku disebabkan angin monsun timur laut pada ketika ini agak lemah di Semenanjung Malaysia.

“Keadaan ini berkemungkinan disebabkan pada ketika ini palung monsun berada di selatan iaitu sekitar Laut Jawa dan tiupan angin monsun timur laut lebih tertumpu ke kawasan berkenaan.

“Angin monsun timur laut yang agak lemah bertiup ke kawasan kita juga kurang membawa udara bersuhu rendah dan ini menyebabkan peningkatan suhu di bebarapa negeri terutama di utara Semenanjung Malaysia.

“Angin yang lemah ini menyebabkan berlakunya perolakan tempatan dan ribut petir di sebelah pentang dan lewat petang seperti yang dialami pada ketika ini menyerupai keadaan seperti bulan April hingga Mei, September hingga Oktober,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori