Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pesalah Trafik Belia Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Membimbangkan! Ia ungkapan tepat bagi menggambarkan angka pesalah trafik di...

AMK Sokong Had Usia...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyokong saranan Menteri Belia dan Sukan,...

Bapa Muslim, Ibu Buddha,...

PUTRAJAYA - Seorang wanita yang dilahirkan luar nikah, berbapakan seorang Muslim dan ibu...

Annuar Kata UMNO Sentiasa...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja akan sentiasa dihormati...

Raja Permaisuri Agong Ziarah Tun Mahathir

KUALA LUMPUR : Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Ahad menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).

Seri Paduka Baginda dilihat keluar dari IJN pada jam 9.35 pagi dan sempat melambai kepada pihak media ketika beredar meninggalkan pekarangan tersebut.

Pengamal media mula berkumpul di luar IJN sejak Sabtu bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Datin Paduka Marina yang merupakan anak Ahli Parlimen Langkawi itu memaklumkan keadaan bapanya kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lepas.


Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari.

Beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut tersebut dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Januari.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori