Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Najib Tiba Di China...

BOAO (Hainan, China) - Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak tiba...

Muhyiddin Umum Pelan Pemulihan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan Pelan Pemulihan Negara...

Pusat Pemindahan Banjir Di...

KUCHING - Berikutan keadaan cuaca bertambah baik sejak semalam, pusat pemindahan banjir di...

AMK Kecewa Penyokong Malaysia...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengutuk keganasan yang dilakukan sekumpulan kecil...

Ramai Tanya Mana Syed Saddiq?

PETALING JAYA – Perhimpunan aman #TangkapAzamBaki yang diadakan di kawasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar hari ini dilihat tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ia berikutan kehadiran golongan muda yang mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dihukum selepas kontroversi yang berlaku ke atas dirinya.

Rata-rata golongan muda cukup lantang bersuara, antara ungkapan yang dilaungkan mereka adalah “tangkap Azam Baki” dan “undur Azam Baki”.

Tidak cukup dengan itu, beberapa sepanduk juga digunakan oleh peserta-peserta perhimpunan tersebut yang hanya dihadiri tidak sampai 200 orang.

Namun, yang menjadi perhatian adalah tentang ketidakhadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merangkap Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Syed Saddiq dikatakan adalah diantara pemimpin golongan muda yang paling lantang bersuara dan memperjuangkan nasib golongan itu selama ini.


Ketika siaran langsung perhimpunan #TangkapAzamBaki yang disiarkan di media sosial hari ini, rata-rata orang ramai menanyakan di mana bekas pendebat Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

“Tiada nampak pula Syed Saddiq ni, mungkin dia sibuk tak kena dengan tarikh dia ‘free’ hari ni. Kalau dia ada lagi lantang ni,” jelas PakcikAmran.

“Syed Saddiq tiada pula hari ni, sengaja tidak hadir atau dia tak sokong perhimpunan ini diadakan.

“Apa-apa pun orang yang didapati bersalah tetap perlu dihukum, tidak kira pangkat mahupun kedudukan,” jelas Abg Faizu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori