Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Bfrenz & Assalamualaikum Diserbu...

JENAMA milik usahawan Islam memang dahagakan promosi terutama produk keluaran Bumiputera dari sektor...

Inisiatif KKM Hadapi Bilangan...

PUTRAJAYA - Inisiatif membangunkan peralatan alat bantuan pernafasan dan perkongsian alat bantuan pernafasan...

FIFA Iktiraf Padang Bola...

KUALA LUMPUR - Padang Bola Sepak Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang...

Hakim Tegur Avitan Shalom...

Kuala Lumpur : Hakim Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menegur tindakan tertuduh...

Ribut Petir Sehingga 6 Februari

PETALING JAYA : Ribut petir serta hujan dijangka dialami di beberapa kawasan termasuk Sabah dan Sarawak bermula hari ini sehingga 6 Februari depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Twitter berkata, antara kawasan terlibat ialah Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, pedalaman Pahang, barat Sabah, barat dan tengah Sarawak.

“Cuaca lembap dijangka berlaku di kebanyakan tempat dengan hujan pada sebelah pagi di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah, manakala cuaca panas dan kering dijangka berterusan di negeri-negeri utara Semenanjung.

“Angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan dalam tempoh 2 hingga 6 Feb 2022,” katanya hari ini.


Menurut MetMalaysia, ramalan itu berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” ujarnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori