Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Pesta Piza Di Angkasa...

ANGKASA LEPAS - Gambarannya sungguh menarik, apabila kepingan piza bebas melayang, terapung dan...

Ekspedisi Tawan Kutub Utara...

TIGA penjelajah ikon sukan lasak negara bakal melakar sejarah apabila dijangka menjejakkan kaki...

3 Akta Dipinda Selesaikan...

KUCHING - Jabatan Peguam Negara akan meminda tiga akta bagi menyelesaikan konflik bidang...

Petronas Lancar Kempen ‘Cerita...

KUALA LUMPUR - Petronas hari ini melancarkan kempen 'Cerita Kita' sempena Hari Kebangsaan...

RM50 Juta Untuk 32 PBT Baik Pulih Kawasan Terjejas Banjir

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan yang terjejas banjir menerima peruntukan RM50 juta bagi kerja baik pulih dan pembinaan rumah baharu mangsa yang terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dana berkenaan turut diperuntukkan kepada PBT terbabit bagi kerja pembaikan infrastruktur, kemudahan awam, sosio ekonomi dan keselamatan.

Beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaporkan, sehingga semalam, kerja pembersihan Kuala Lumpur dan Melaka sudah mencapai 100 peratus.

Di Selangor, kerja pembersihan mencapai 82 peratus, Negeri Sembilan (95 peratus) dan Pahang (77 peratus).

“Dianggarkan, sebanyak 53,800 tan sisa banjir sudah diurus menggunakan 2,730 jentera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 dan menerima taklimat status tindakan daripada enam kluster yang ditubuhkan bagi mengurus inisiatif Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022.

Berita lanjut menyusul

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori