Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Pulanglah Ke Pangkuan Keluarga,”...

BALING - Walaupun anak kesayangannya berada jauh di bumi bergolak Syria, ia tidak...

Lelaki Pakai Rantai, Rambut...

SERAMAI 50 lelaki Arab Saudi ditahan baru-baru ini gara-gara memakai rantai leher dan...

Peluang Tipis Temui Semua...

JAKARTA – Ketua Badan Operasi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), SB Supriyadi...

Polis Nafi Waris Kim...

KUALA LUMPUR - Polis memaklumkan bahawa sehingga ini tiada anggota keluarga atau waris...

Rosol Nafi Kementerian Gagal Tangani Isu Kenaikan Harga Barang

KUALA BERANG: Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) akan diteruskan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup dihadapi rakyat berikutan peningkatan harga barangan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata PJKM yang dilancarkan kerajaan pada 2 Disember lalu, antara kaedah terbaik bagi membantu mengurangkan kos sara hidup dihadapi rakyat.

Serentak itu, beliau tegas menafikan kementeriannya gagal mengambil tindakan berkesan bagi menangani masalah kenaikan harga barangan.

“Kerajaan melalui pelbagai kementerian tidak berdiam diri, sebaliknya mencari kaedah terbaik bagi menangani isu harga barang ini,” katanya selepas perjumpaan dengan jurumandi dan pembantu jurumandi jenazah di Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu, di sini hari ini.

Beliau mengakui, kementeriannya banyak menerima aduan mengenai kenaikan harga pelbagai barangan termasuk barang kering dan basah.

“Susulan itu, antara kaedah bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat adalah meneruskan PJKM di seluruh negara termasuk pedalaman,” katanya.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu, berkata kementeriannya menerima sebanyak 8,555 kes laporan mengenai kenaikan harga barangan sejak Mac 2020 sebelum siasatan dibuat dan tindakan diambil terhadap pemborong serta peniaga yang melakukan kesalahan.


“Pengeluar, pengilang dan pemborong mengakui kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan kerana peningkatan kos pengangkutan, logistik, upah serta masalah kekurangan pekerja termasuk buruh asing. Perbincangan dengan pihak terbabit masih diteruskan, kerajaan akan terus berusaha untuk kurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Rosol berkata, PJKM hanya akan diteruskan berdasarkan kepada keperluan, terutama dengan kerjasama daripada pemborong serta sambutan rakyat.

“Kerajaan berpuas hati apabila PJKM yang diadakan sejak awal bulan lalu berjaya mengurangkan kos sara hidup rakyat selepas berjaya merekodkan hasil jualan sebanyak RM7.8 juta sehingga semalam. Punca utama program ini berjaya disebabkan pemborong menjual terus kepada rakyat tanpa melalui orang tengah.

“Kerajaan termasuk pelbagai kementerian tidak akan berdiam diri, sebaliknya sedang memikir dan mencari kaedah terbaik bagi menangani isu kenaikkan harga barangan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori