Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Gugur 2 Veteran UMNO...

MELAKA – Tindakan UMNO menggugurkan tiga anggota veterannya iaitu Tun Daim Zainuddin dan...

Addy Kanna, Alvin Terlibat...

KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna terlibat dalam kes...

Penduduk, Peniaga Napoh Nak...

SERAMAI 100 penduduk dan pemilik kedai yang terjejas akan memfailkan saman berjumlah RM1...

Hafizh Syahrin Raih Tempat...

KUALA LUMPUR - Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terus memberikan persembahan menakjubkan...

RUU Anti Lompat Parti Dibentang Dalam Sesi Parlimen Akan Datang

PETALING JAYA : Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dimuktamad dan dibentangkan dalam sesi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang bermula 28 Februari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembentangan tersebut selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu ia disegerakan.

Katanya, sebuah jawatan kuasa teknikal berunsur bi partisan ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik.

“Keanggotaan jawatan kuasa teknikal ini terdiri daripada empat wakil kerajaan dan empat orang Pakatan Harapan (PH).


“Jawatan kuasa teknikal ini bertemu minggu depan untuk memperincikan perkara dasar dan kerangka perundangan yang dicadangkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Juniadi, persetujuan yang dicapai ini juga adalah komitmen kedua-dua pihak bagi memastikan perkara-perkara dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan PH pada 13 September 2021 dilaksanakan sepertimana ditetapkan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori