Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bernama Dapat Tangani Berita...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melabelkan...

Kereta Koenigsegg Utagera Direka...

Remaja Thailand, Jennarong Muentaweepongsa mempunyai masa depan yang cerah dalam industri rekabentuk kereta....

‘Suami’ Bunuh Pondan Ketika...

SEORANG pondon yang juga seorang pelacur dipukul hingga mati oleh `suaminya’ selepas lelaki...

“Terima Kasih Kerajaan Bangladesh”...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan...

Sarawak Fokus Capai Sasaran Negeri Maju 2030

KUCHING : Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited memastikan Sarawak kekal di landasan menjadi negeri maju menjelang 2030 seperti dirangka dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata sasaran itu antara 34 janji GPS dalam manifesto Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12), Disember lalu.

Menurutnya, bagi mencapai status negeri maju itu, Sarawak perlu meningkatkan pertumbuhan ekonomi antara enam hingga lapan peratus sehingga 2030.

“Sasaran untuk mencapai kadar pertumbuhan yang tinggi itu adalah satu cabaran yang hebat, tetapi saya yakin dengan sokongan padu rakyat dan keberkesanan Perkhidmatan Awam negeri, Sarawak boleh menjadi kuasa ekonomi digital, memiliki infrastruktur dan utiliti yang sangat baik seterusnya rakyat menikmati pendapatan tinggi.

“Ia tidak mustahil untuk dicapai jika kita semua fokus untuk mencapai apa yang kita rancangkan,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022.

Justeru, Abang Johari berkata, penjawat awam harus bekerja keras untuk memastikan semua projek yang dilancarkan sebelum ini dapat disiapkan tanpa tertangguh.


Abang Johari berkata, GPS ikhlas dalam membuat janji untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Sarawak serta memantapkan lagi pembangunan Sarawak.

Menurutnya, ia adalah sebagai membalas kepercayaan rakyat terhadap GPS untuk membentuk kerajaan yang berwibawa.

“Sebagai Ketua Menteri, saya amat yakin Sarawak mampu mencapai impian untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.

“Keupayaan kita untuk mencapai hasrat itu pasti lebih kukuh jika rakyat terus berazam dan bersatu demi kebaikan Sarawak,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori