Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penyokong Anwar-Saiful Berkumpul Di...

PUTRAJAYA - Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan masing-masing...

Qatar Kena Ikut 13...

MENTERI Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar Gargash mengumumkan senarai 13 tuntutan dalam...

K’jaan Digesa Batal Pembekuan...

Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan yang akan membekukan sementara...

AirAsia Hanya Boleh Pindah...

SEPANG - Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB), pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Sasaran Nilai Eksport Koko RM14 Bilion

PUTRAJAYA : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyasarkan nilai eksport koko kira-kira RM14 bilion untuk tahun ini, peningkatan dua kali ganda nilai yang dicapai tahun lalu.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya yakin sasaran tersebut dapat dicapai dengan disokong pasaran besar untuk komoditi tersebut di peringkat antarabangsa.

Katanya, berdasarkan perbandingan, negara mencapai nilai eksport koko kira-kira RM7 bilion tahun lalu dan angka tersebut meningkat 10 peratus daripada tahun sebelumnya.

“Kualiti produk dikeluarkan sangat bermutu tinggi dari segi coklatnya dan bahan-bahan lain, malah koko juga baik untuk kesihatan. Potensi pasaran itu ada, cuma pemasaran kita harus lebih agresif.

“Selalunya koko dikaitkan dengan coklat dan minuman coklat tetapi ia juga boleh menghasilkan produk makanan dan bukan makanan termasuk barangan kosmetik,” katanya dalam sidang akhbar Pelancaran Iklan Video Komersial dan Promosi Koko di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, penggunaan produk koko global dianggarkan pada kira-kira AS$120 bilion (RM501.30 bilion), sekali gus menjadi potensi besar kepada Malaysia untuk mempelopori atau meningkatkan lagi pengeluaran seterusnya dieksport ke luar negara.


“Selain itu, kita memfokuskan kepada perniagaan mengisar koko dengan buahnya diimport kemudian dikisar serta dieksport semula dalam bentuk serbuk.

“Kita ada hab koko di Tanjung Pelepas, Johor untuk memudahkan pergerakan import dan eksport koko di kilang pengisar, malah kita juga akan buka satu lagi hab di Tanjung Bin,” ujarnya.

Terdahulu, Zuraida melancarkan Iklan Video Komersial dan Promosi Koko berasaskan karektor animasi ‘Profesor Koko’ serta slogan promosi terkini iaitu ‘Enak dan Berkhasiat’ dan ‘Nikmati Koko Setiap Hari’.

Penerbitan iklan video tersebut adalah kerjasama Lembaga Koko Malaysia (LKM) dengan syarikat penerbitan Monsta Agency and Distribution dalam mempromosi koko sekali gus membantu menepis salah tanggapan rakyat terhadap coklat dan produk berasaskan koko.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori