Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hotel Di Makkah Terbakar

MAKKAH - Sebuah hotel di sini, dilaporkan terbakar dalam satu insiden dipercayai berlaku...

Kerajaan Johor Milik Sultan...

KUALA LUMPUR - "Semua stadium di Johor sememangnya milik kerajaan Johor dan kerajaan...

Olimpik: Pasangan V Shem-Wee...

RIO DE JANEIRO - Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong melakar...

N.Sembilan Sasar Kumpul 60...

SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menyasarkan untuk mengumpul sebanyak 60...

Sebahagian Besar Bangunan Parlimen Afrika Selatan Musnah Terbakar

CAPE TOWN : Sebahagian besar bangunan Parlimen Afrika Selatan musnah dalam kebakaran, semalam, dengan anggota bomba bertungkus lumus untuk mengawal api daripada terus merebak.

Susulan kejadian itu, polis berkata, seorang suspek akan dihadapkan ke mahkamah, minggu ini.

Puluhan anggota bomba bergelut sepanjang hari untuk memadamkan kebakaran yang tercetus kira-kira jam 3 pagi di sayap tertua kompleks Parlimen itu yang siap dibina pada 1884 dengan bilik berpanel kayu.

Menjelang siang, kepulan asap tebal dilihat menyelubungi bangunan bersejarah peninggalan zaman Victoria yang mengagumkan itu.

Jurucakap Parlimen, Moloto Mothapo, berkata keseluruhan bahagian yang menempatkan Dewan Negara telah musnah dalam insiden berkenaan.

“Seluruh dewan tempat ahli duduk telah hangus,” katanya sambil memaklumkan kebakaran dilihat tercetus di dua kawasan berasingan di kompleks terbabit.

Beliau berkata, bumbung Dewan Negara turut runtuh, malah api ‘sangat marak’ di bahagian bangunan itu sehingga menyebabkan pasukan bomba terpaksa berundur sebelum operasi diteruskan semula.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, setakat ini.

Sementara itu Presiden, Cyril Ramaphosa, ketika ditemui pemberita di lokasi insiden berkata seorang lelaki ditahan susulan kejadian berkenaan, manakala sistem penyembur air di bangunan terbabit nampaknya tidak berfungsi.

Beliau turut menjelaskan bahawa ‘tugasan Parlimen akan diteruskan’ walaupun berlaku kemusnahan besar.


Jurucakap polis, Thandi Mbambo pula memaklumkan, seorang lelaki ditahan di dalam bangunan Parlimen itu, dan siasatan masih diteruskan.

“Kita sudah membuka kertas siasatan kes jenayah. Suspek akan dihadapkan ke mahkamah, Selasa ini,” katanya.

Bangunan Parlimen itu menempatkan koleksi buku yang jarang ditemui dan salinan asal bekas lagu kebangsaan Afrikaans ‘Die Stem van Suid-Afrika’ (Suara Afrika Selatan), yang turut musnah.

Tahap kerosakan akibat kebakaran itu sedang dinilai, dan pegawai Parlimen dijadual mengadakan mesyuarat dengan Menteri Kerja Raya, Patricia de Lille, hari ini, berhubung perkara berkenaan.

Ahli Jawatankuasa Datuk Bandar Cape Town untuk keselamatan, Jean-Pierre Smith, berkata keseluruhan kompleks itu mengalami kerosakan teruk dan ‘tiada’ yang selamat di bahagian bersejarah.

Ia menempatkan simpanan khazanah, termasuk kira-kira 4,000 hasil karya seni dan warisan, yang sebahagiannya membabitkan peninggalan dari abad ke-17.

Selepas memusnahkan sayap lama bangunan itu, api kemudian merebak ke bahagian lebih baharu yang digunakan ketika ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori