Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

GST Jadikan Persaingan Industri...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai semalam telah berjaya...

Kembara Mahkota Johor 2016...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan majlis...

Puteri UMNO ‘Boo’ Kerajaan...

MARAH... Sebagai mana kebanyakan rakyat yang meluat dengan sikap mungkir janji kerajaan Pakatan...

Semua Pihak Perlu Perkasa...

KUANTAN - Semua pihak merangkumi jabatan kerajaan, swasta, badan berkanun dan majlis daerah...

Segerakan Akta Pengurusan Bencana

PETALING JAYA : Penggubalan undang-undang berkaitan pengurusan risiko yang bukan hanya menekankan aspek teknikal tetapi juga bukan teknikal perlu disegerakan sebagai persediaan mendepani bencana.

Pensyarah Pengurusan Persekitaran, Jabatan Pengurusan Pembinaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Madya Dr. Haryati Shafii berkata, dengan adanya akta baharu itu, ia akan membantu persediaan dan pelaksanaan bantuan lebih selaras.

Menurut beliau, negara perlu bergerak ke hadapan dan tidak lagi menghabiskan masa mencari kebenaran siapa yang betul atau salah tetapi perlu duduk semeja menambah baik pengurusan sedia ada.

“Walaupun kita mempunyai Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), dari segi fungsi, keselarasan dan pelaksanaan harus ditambah baik, selaras dengan perkembangaan kejadian bencana yang bersifat dinamik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mingguan Malaysia semalam menyiarkan artikel Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang antara lain mencadangkan penubuhan Akta Pengurusan Banjir dalam memastikan pengurusan bencana lebih selaras.

Haryati berkata, walaupun terdapat akta di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi keselarasan antara kerajaan negeri dan Persekutuan dilihat kurang serasi jadi ia memerlukan penambahbaikan demi kelestarian alam sekitar.


Jelasnya, negara tidak lagi boleh berkompromi apabila ia melibatkan keselamatan masyarakat dan kemusnahan alam sekitar.

“Sebagai contoh, apa yang kita saksikan pada hari ini adalah kesan tiada keselarasan agensi antara negeri hingga mewujudkan beberapa masalah berantai.

“Kita tidak perlu merombak secara menyeluruh, tetapi melakukan semakan kerana ia akan menambah baik sistem sedia ada,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori