Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mantain ‘Meletop’ Lepas Bersalin,...

Sebaik sahaja berita Rozita Che Wan (Che Ta) selamat melahirkan bayi seterusnya gambar...

Penglibatan Rakyat Malaysia Dalam...

Tragedi penyembelihan di Syria yang dilakukan Mohamad Wanndy Mohamad Jedi dan Mohd. Feris...

Fajar Kemenangan Islam Semakin...

KUALA LUMPUR - Fajar kemenangan Islam semakin menyinsing di Malaysia melalui kerjasama di...

3.8 Juta Kenderaan Di...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3.8 juta kenderaan dicatatkan melalui semua lebuh raya utama...

Seludup 18.7 Kilogram Dadah Guna Perairan Terengganu

KUALA TERENGGANU : Polis mengesan taktik baharu penyeludupan dadah ke negara ini melalui perairan Terengganu apabila 18.7 kilogram syabu ditemukan di tepi Pantai Rhu Kubur di Marang.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, dadah bernilai RM674,244 yang yang disorok dalam guni itu dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 8 malam, pada Ahad lalu.

Katanya, siasatan mendapati guni berkenaan diikat dengan pelampung sebelum dihanyutkan ke arah pantai oleh bot asing.

“Sindiket ini tidak berhubung secara terus dengan pengedar tempatan dan berdasarkan teritip yang melekat pada guni, kita percaya ia mungkin sudah empat hari terapung di laut.

“Ketulan syabu itu dibungkus dalam plastik teh dan dilabel dengan tulisan tangan perkataan Cina bermaksud ‘lancar’,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Rohaimi percaya kesemua dadah berkenaan bukan untuk pasaran Terengganu, sebaliknya negeri ini hanya menjadi lokasi transit pendaratan.


Katanya, setakat ini tiada tangkapan dibuat kerana tiga suspek yang didakwa mengangkat objek di kawasan Pantai Rhu Kubur bertindak melarikan diri.

“Bagaimanapun satu guni berisi dadah itu tertinggal selepas perbuatan mencurigakan mereka dilihat orang awam.

“Oleh itu, kita meminta kerjasama penduduk untuk sentiasa peka jika berlaku kegiatan sebegini dan melaporkan segera kepada polis,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori