Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Video Lawak.. Reaksi Rasa...

Gaya pemakanan di Barat sudah tentu berbeza dengan di Asia ye dak?Lebih-lebih lagi penduduk...

Warga Emas Ditemui Mati...

KUANTAN - Seorang warga emas ditemui mati di dalam kereta miliknya di tempat...

Pelajar Tingkatan 5 Dirogol...

GEORGETOWN - Pelajar perempuan Tingkatan Lima, yang ditemui mati di rumah keluarganya di...

Wan Saiful Hantar Surat...

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan...

SHMKM Sedang Diteliti KPDNHEP

KUALA LUMPUR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti secara terperinci keperluan melanjutkan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang akan tamat pada 4 Februari ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata keputusan itu tidak boleh dibuat sesuka hati kerana kerajaan mahu melindungi pengguna dan pada masa sama tidak menekan pembekal serta peniaga.

Beliau sehubungan itu berharap semua pihak dapat bersabar dan meletakkan kepercayaan kepada KPDNHEP untuk membuat keputusan tepat dan terbaik.

“Kita tak bolehlah hanya bantu satu pihak tetapi jejaskan yang lain. Penternak umpamanya berdepan kenaikan kos operasi, kalau kita tekan supaya beri harga tak berpatutan (bagi pihak penternak), mereka mungkin tak mampu lagi nak mengeluarkan ayam.

“Mungkin (menyebabkan) tak ada bekalan ayam, nak beli RM50 sekilogram pun tak ada (bekalan). Kita tak nak situasi begitu.

“Kami di KPDNHEP sedang perincikan (lanjutan SHMKM), yakinlah kami akan buat yang terbaik dan saya harap ia boleh diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 di Pasar Pudu, hari ini.

Mengiringi beliau ialah Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDNHEP, Shamsul Nizam Khalil dan Pengarah KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin.

Mengenai rungutan orang ramai mengenai harga ayam yang mahal, Alexander menjelaskan tidak berlaku sebarang kenaikan harga dalam masa beberapa minggu lalu, sebaliknya ia dijual mengikut harga siling ditetapkan kerajaan.

“Ia tak meningkat, masih pada paras kita tetapkan sejak awal Januari. Malah kita dapati ada tempat di mana ayam dijual lebih rendah daripada harga yang kita tetapkan ini,” tegasnya.


Sempena SHMKM, harga sekilogram ayam ditetapkan pada kadar RM9.10 sekilogram di peringkat peruncit.

Mengulas tinjauannya di Pasar Pudu, Alexander berkata, beliau amat berpuas hati dengan tahap pematuhan terhadap SHMKM dan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2022.

Katanya, peniaga juga memaklumkan mereka tidak berdepan masalah untuk mendapatkan bekalan sayur, ikan dan ayam.

“Kita dapati banyak bahan yang ditetap harga maksimum telah dijual lebih rendah daripada harga maksimum.

“Saya gunakan peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua pihak lebih-lebih lagi penjaja yang sangat patuh kepada harga maksimum ditetapkan KPDNHEP,” katanya.

Bermula 1 Januari hingga 4 Februari ini, kerajaan melaksanakan SHMKM membabitkan 12 barangan bawah kategori ayam, telur ayam dan sayur-sayuran sebagai langkah jangka pendek menstabilkan harga barang dan keberadaan bekalannya dalam pasaran.

Melalui Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 bermula hari ini sehingga 4 Februari pula, kerajaan menetapkan enam jenis barangan harga terkawal membabitkan kategori hasil laut, barangan kering dan daging babi.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori