Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Dadah: Air Mata Duka...

KOTA KINABALU - Bekas guru wanita di sebuah sekolah swasta menangis selepas Mahkamah...

Ikut Jejak Alvin, Ali...

Perjuangan 'hangat-hangat tahi ayam'. Mungkin itu pepatah yang sesuai diberi kepada seorang aktivis,...

Pelantikan Agong Baharu Pastikan...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni...

India Tingkatkan Penanaman Sawit...

NEW DELHI - India mahu meningkatkan penanaman kelapa sawit bagi mengurangkan pergantungannya terhadap...

Sijil Vaksin Palsu: Doktor Dijangka Bebas Dengan Jaminan Polis Esok

KUALA TERENGGANU: Seorang doktor yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penjualan sijil vaksinasi palsu di Terengganu dijangka dibebaskan dengan jaminan polis esok.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata ia sementara menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwaan.

Beliau berkata, tempoh tahanan reman doktor yang berusia 51 tahun itu juga akan berakhir pada esok.

Selain itu Rohaimi berkata beberapa peralatan yang dirampas juga akan dihantar ke Bahagian Forensik Bukit Aman.

“Barang-barang kes yang dirampas seperti laptop dan telefon bimbit akan dihantar ke Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman esok,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini suspek yang ditahan pada Sabtu direman selama tiga hari sehingga Selasa.


Bagaimanapun, polis memohon lanjutan reman terhadap suspek sebelum Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan reman suspek ditambah dua hari lagi.

Terdahulu Polis Terengganu berjaya membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi dipercayai palsu yang didalangi seorang doktor di klinik swasta di negeri ini.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September tahun lalu selepas klinik berkenaan mendapat kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar.

Sepanjang tempoh tersebut, lebih 1,900 sijil vaksinasi COVID-19 dikeluarkan kepada pelanggan termasuk dari Kuala Lumpur, Kedah dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600 seorang.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori