Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najib Sampaikan Trofi Kepada...

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan...

Majikan Diingat Patuhi Peruntukan...

PUTRAJAYA - Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada...

Kertas Siasatan Kes Dera...

BUKIT MERTAJAM - Kertas siasatan kes bayi perempuan berusia 46 hari yang meninggal...

Bekas Pengurus Operasi Ar-Rahnu...

TEMERLOH - Seorang bekas pengurus operasi Ar-Rahnu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

SMTrack Terajui Konsortium Pembiayaan Projek 5G

PETALING JAYA: Konsortium yang dianggotai enam syarikat senaraian awam dan 5G Infra Tech Solution Sdn Bhd (5GInfraTech) memeterai Perjanjian Awal (HOA) untuk melaksanakan beberapa siri urus niaga korporat bagi menjana dana dan membiayai projek berkaitan 5G dan gentian optik di negara ini.

Konsortium itu terdiri daripada SMTrack Bhd; Country Heights Holdings Bhd; Jiankun International Bhd; Sersol Bhd; Techna-X Bhd dan MQ Technology Bhd.

Timbalan Pengerusi Eksekutif SMTrack, Azmi Osman, berkata konsortium itu melihat banyak usaha sama membiayai pemasangan menara telekomunikasi 5G di negara ini.

Beliau berkata, semua syarikat di bawah konsortium itu berminat untuk membiayai projek berkaitan 5G dan gentian optik yang dilaksanakan 5GInfraTech.

“Ini adalah perjanjian awal. Kami belum lagi memutuskan mengenai dana yang akan dijana. Jumlah dana yang akan dijana diumumkan kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis memeterai HOA antara konsortium diterajui SMTrach dan 5GInfraTech di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif 5GInfraTech, Datuk Saiful Nizam Mohd Yussof, penyedia infrastruktur 5G itu bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaannya sejajar dengan pelaksanaan 5G di negara ini.


Beliau berkata, syarikatnya yang ditubuhkan pada 2014 itu bersedia untuk pengembangan selanjutnya.

Katanya, dengan dana yang dijana konsortium itu membolehkan syarikatnya menyediakan infrastruktur terbaik untuk kegunaan 5G di negara ini.

5GInfraTech ditubuhkan untuk mempercepatkan pelaksanaan infrastruktur dan pembangunan rangkaian 5G di negara ini.

Ia juga turut berperanan merealisasikan potensi 5G di Malaysia dalam memacu aktiviti ekonomi, menggalakkan persaingan perkhidmatan dalam industri telekomunikasi, merapatkan jurang digital luar bandar dan meningkatkan tahap infrastruktur semasa serta mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori