Southern Volunteers sudah pun memulakan tugas membantu kerja-kerja pasca banjir di Johor sejak beberapa hari lalu.
Southern Volunteers berkhidmat penuh dedikasi tanpa banyak ‘songeh’ membantu rakyat yang memerlukan pertolongan.
Mereka membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir dengan penyelarasan oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir.
Southern Volunteers melaksanakan misi mereka tanpa menyalahkan itu atau ini di saluran Facebook dan TikTok untuk dilihat cemerlang.
Southern Volunteers tidak `mengupload’ wajah mereka sendiri di media sosial konon sedang berpeluh-peluh dan penat supaya populis.
Kesemua mereka tahu apa yang mereka lakukan adalah atas dasar kesukarelawanan dan iltizam untuk membantu insan dalam kesusahan.
Southern Volunteers tidak perlu menjadi wakil rakyat atau menjadi sebuah badan politik untuk membantu anggota masyarakat.
Mereka tahu sebagai orang muda yang penting adalah tenaga dan keringat mereka diperlukan untuk membantu golongan memerlukan.
Untuk rekod, Southern Volunteers banyak terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan sewaktu negara berdepan kemuncak pandemik.
Southern Volunteers wira barisan hadapan “frontliners” tidak didendang, tetapi kehadirannya menyentuh hati setiap anggota masyarakat.
Begitulah cara sebenar memperkasakan golongan muda negara, bukan dengan mempergunakan mereka untuk kepentingan politik.
Melibatkan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan yang membina karakter dan jati diri, bukan dengan menanam sentimen politik.
Ternyata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tahu bagaimana untuk memperhebatkan anak muda negara.
-Mynewshub