Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kedai Dicemuh Lempang Staf...

SEBUAH kedai nasi ayam popular di Melaka, Ee Ji Ban Chicken Rice Ball...

Peniaga Buat Laporan Polis...

Kota Bharu : Seorang peniaga dalam talian mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di...

Suami Isteri Ditahan Curi...

KEPALA BATAS - Selama lebih tiga bulan, sepasang suami isteri yang menjalankan perniagaan...

Raja Salman Lantik Anak...

RIYADH - Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud hari ini...

SPR Dicadang Tarik Kelayakan Calon PRN Johor Langgar SOP

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu lebih tegas dan menarik kelayakan calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor jika mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kelak.

Naib Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, berkata pada PRN sebelum ini, calon yang bertanding tidak kisah untuk melanggar SOP yang ditetapkan kerana mereka hanya perlu membayar sedikit denda.

Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya SPR untuk lebih tegas terhadap calon yang melanggar SOP, kerana bimbang terdapat penularan kes COVID-19 di negara ini ketika kempen dilaksanakan.

“SPR perlu ‘disqualify’ calon yang didapati tidak memastikan keselamatan masyarakat yang datang ketika kempen, PRN lama kita dapati calon tidak kisah pun untuk melanggar undang-undang yang ditetapkan,” katanya kepada BH, hari ini.

Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan pada 22 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya baharu diadakan dalam tempoh 60 hari.

SPR dijadualkan akan bermesyuarat pada 9 Februari ini untuk memutuskan tarikh penting bagi pilihan raya termasuk tarikh pengundian.

Dalam pada itu, Dr Rafidah turut mencadangkan supaya SPR menguatkuasakan satu undang-undang untuk calon yang berkempen bagi mengeluarkan modal untuk menyediakan saringan ujian COVID-19 kepada pengundi sebelum mereka hadir ke dewan untuk mendengar ceramah atau berkempen.

“Selain itu, calon atau ahli politik perlu menggunakan kaedah temuseru yang mematuhi SOP di dalam dewan yang mempunyai keluasan mencukupi bagi mengadakan penjarakan sosial.


“Lain-lain SOP sebelum ini juga boleh digunakan seperti mengadakan pertemuan menerusi aplikasi sosial atau media sosial, itu wajar diutamakan,” katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, berkata sebaik-baiknya semua calon, jawatankuasa kempen, penyokong, perayu undi atau pengundi mendapatkan dos penggalak sebelum turun padang bersama-sama mengikuti kempen PRN Johor.

“Saya berpendapat, kita boleh menggunakan templat dari pilihan raya Sarawak dalam semua SOP pilihan raya yang bakal dilaksanakan. Tambah baik berkaitan serta cara pelaksanaan mungkin boleh dilakukan mengikut kesesuaian namun yang penting, matlamat pematuhan SOP adalah untuk mengelakkan sebarang penularan perlu ditegaskan dan diingatkan.

“Sebarang tingkah laku atau amalan berisiko perlu dicegah serta dikenakan tindakan kuat kuasa bawah Akta 342. Saya juga berpendapat sebaik-baiknya semua calon, jawatankuasa kempen, penyokong, perayu undi dan pengundi untuk mendapatkan dos penggalak sebelum turun padang.

“Kita berdoa semoga tiada ledakan kes berlaku berikutan pilihan raya ini,” katanya.

Dalam SOP Sarawak, SPR menetapkan sebarang sidang media selepas mesyuarat parti adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori