Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bulan Tingkat Ketakwaan

ALHAMDULILLAH, bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia termasuk di...

Negara Rosak Sejak Mahathir,...

PETALING JAYA - Seorang bekas ahli Parlimen mempersoalkan keadilan menyalahkan 60 tahun pemerintahan...

Bayaran Rayuan BSH 2019...

KUALA LUMPUR - Pembayaran rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dilaksana mulai...

Sejuta Jemaah Wukuf Di...

MEKAH ā€“ Hampir semua jemaah dari seluruh dunia telah berada di Tanah Suci...

SPR Diminta Segerakan SOP PRN Johor

KUALA LUMPUR : Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menetapkan prosedur operasi standard (SOP) dan kaedah kempen lebih awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata langkah itu perlu bagi membolehkan calon yang bertanding, turun

ke lapangan untuk memperkenalkan diri dan menerangkan dasar serta manifesto yang akan dibawa dalam PRN berkenaan.

“Demi menjamin prinsip dan amalan demokrasi yang kukuh dan padu serta proses

pilihan raya yang bersih dan adil, SPR bertanggungjawab untuk menyediakan platform bagi parti yang bertanding untuk berkempen dengan lancar berpandukan pematuhan SOP yang jelas.

“Ini bukan saja menjamin agenda pendemokrasian yang unggul tetapi juga prinsip dan penghayatan demokrasi yang dinamik serta mantap,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 22 Januari lalu, sekali gus membawa kepada PRN berkenaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, berkata PRN itu perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam keadaan amat tidak stabil dan berada atas ihsan pembangkang, yang mana ia tidak harus berlaku.


Pada PRN Melaka pada November tahun lalu, SPR tidak membenarkan aktiviti seperti ceramah terbuka, “walkabout”, ziarah rumah ke rumah dan beberapa lagi aktiviti membabitkan perhimpunan bagi mengekang penularan COVID-19.

Pada PRN Sarawak, Disember tahun lalu, penganjuran ceramah secara fizikal hanya dibenarkan di kawasan DUN yang tidak mencapai jaringan Internet saja.

Sementara itu, Mohamed Azmin memaklumkan, Mesyuarat Majlis Tertinggi PN malam tadi membincangkan dan

memperhalusi persiapan PRN Johor.

“Majlis Tertinggi PN mengambil

pendirian untuk menyertai PRN demi membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil, inklusif dan progresif serta melaksanakan dasar yang prihatin rakyat,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori