Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Ops Selamat 11: PDRM...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan kamera Intelligent Compound Online...

Telur Dadar Gergasi Dimasak...

BRUSSELS - Ketika seluruh Eropah dilanda kebimbangan isu telur ayam beracun di pasaran,...

Hala Tuju Bola Sepak...

KUALA LUMPUR - Semua 39 perwakilan dan anggota gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)...

Dr M Pertahan Keputusan...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan keputusan kerajaan Pakatan...

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan butiran palsu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku di daerah Batu Pahat bagi mendapatkan kerja membaik pulih jambatan di Yong Peng bernilai lebih RM150,000.

“Suspek lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira jam 5 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan.

“Difahamkan, suspek mengemukakan kebenaran menyertai tender yang mengandungi butiran palsu kepada PBT terbabit bagi mendapatkan kerja berkenaan pada April tahun lalu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009).

Dalam kes berasingan, SPRM Batu Pahat menahan seorang warga Bangladesh berusia 34 tahun kerana disyaki menyogok pegawai penguat kuasa sebuah PBT berjumlah hampir RM300.

Menurut sumber berkenaan, suspek lelaki yang juga bekerja sebagai seorang pembantu kedai runcit di Skudai melakukan perbuatan itu sebagai dorongan tidak dikenakan tindakan.


“Ini kerana menjual arak dan rokok tanpa cukai adalah salah mengikut Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Suspek ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira jam 2.30 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) ASPRM 2009,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek berkenaan ditahan 24 jam dan akan dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua penahanan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori