JANGAN fikir pengasas parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman saja-saja kuat merungut.
Merungut itu dan ini di media sosial sehinggakan ada perkara yang boleh setel cara baik pun beliau rungutkan juga.
Ia rungutan bernilai. Sangat berharga dan ada keuntungannya. Rugi tidak mengambil manfaat daripada rungutan itu.
Terbaru beliau merungut tentang enam sukarelawan bantuan banjir parti itu disiasat polis berhubung dakwaan melanggar prosedur.
Melanggar prosedur semasa menyampaikan bantuan di dalam Pusat Perlindungan Sementara (PPS) kerajaan di Segamat, Johor.
Dengan pantas Syed Saddiq merakam video beliau merungut tindakan dihadapi sukarelawan parti itu. Mengkritik itu dan ini.
Sepatutnya sebagai bekas Menteri yang pernah berada dalam Kabinet Syed Saddiq lebih memahami kepentingan peraturan.
Setiap peraturan diwujudkan ada sebabnya. Pasti ada kewajaran bagi memastikan risiko perkara yang tidak diingini berlaku.
Adakah nilai menentang peraturan yang mahu diketengahkan MUDA kepada anak-anak muda? Jika begitu sangatlah tidak baik.
Syed Saddiq meminta kelonggaran diberikan kepada sukarelawan MUDA kerana didakwa telah bekerja siang dan malam untuk membantu mangsa banjir.
Hakikatnya, Abang Viva dan ramai individu lain mahupun badan bukan kerajaan (NGO) turut bekerja siang dan malam membantu mangsa banjir, tetapi mereka tidak merungut.
Mereka membantu mengikut saluran dan peraturan yang telah ditetapkan. Tidak merungut seperti Syed Saddiq kerana tiada manfaat berbuat demikian.
Saddid punya merungut dalam kategori ada makna.
Sahaja untuk mewujudkan persepsi kononnya MUDA sangat berpengaruh sehingga ia kini sering diserang dan dihalang buat kerja.
Buat kecoh semata mahu memperlihatkan MUDA macam penting sangat.
Hakikatnya, tak ke mana sangat pun.
Saddid memang hebat berdrama, dakwa banyak pihak. – MYNEWSHUB