Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Maut Kereta Terbalik...

GEORGE TOWN - Dua individu maut selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai terbabas...

Dijangka Terima 10,000 Pekerja...

PASIR GUDANG: Indonesia dijangka menghantar 5,000 hingga 10,000 rakyatnya bagi memenuhi sektor pembinaan...

“Saya Percaya Anak Itu...

PENYANYI Akim Ahmad atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 25, mengakui masih lagi...

Sultan Brunei Yakin Kewibawaan,...

BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bertitah menzahirkan keyakinan baginda...

Syed Saddiq Mungkin Tanding DUN Bandar Raya JB

JOHOR BAHRU : Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka diberi laluan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan bandar raya ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, nanti.

Sumber Pakatan Harapan (PH) Johor berkata, ia susulan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu berasal dari bandar raya ini.

Namun katanya, rundingan agihan kerusi membabitkan gabungan itu bersama MUDA diadakan pada hujung minggu ini bagi memuktamadkan persetujuan.

“PH Johor secara dasarnya memang ada perancangan meletakkan Syed Saddiq di kerusi kawasan bandar raya ini, namun kerusi mana, akan ditentukan dalam rundingan pusingan kedua hujung minggu.

“Syed Saddiq memang berasal dari Johor Bahru maka selayaknya dia diberikan kerusi di kawasan bandar raya,” katanya kepada BH, hari ini.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar dilaporkan mengesahkan MUDA akan bertanding dalam PRN Johor menerusi satu hantaran video dalam Facebook malam tadi.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu menjadikan PRN Johor sebagai pilihan raya pertama pertama MUDA terbabit secara rasmi dalam politik tanah air.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse dilaporkan berkata, PH Johor bakal bertemu dengan MUDA esok untuk membincangkan kerjasama politik antara mereka.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dzulkefly Ahmad, pula berkata kerusi Syed Saddiq tertakluk kepada rundingan pusingan kedua esok.


“Masih belum ada rundingan di mana Syed Saddiq akan bertanding walaupun banyak khabar angin sudah kedengaran.

“Rundingan pusingan kedua antara PH Johor dan MUDA akan berlangsung nanti, akan memuktamadkan butiran PRN terutama soal pengagihan kerusi dan calon.

“Dalam erti kata lain, jumlah 20 kerusi diagihkan kepada PKR dan AMANAH manakala DAP dengan 16 kerusi masih belum muktamad sepenuhnya.

“PKR, AMANAH dan DAP akan mengagihkan semula kerusi yang dimiliki itu kepada MUDA atas semangat setia kawan berikutan parti itu menyertai khemah besar PH.

“Rundingan pusingan ketiga bersama parti lain termasuk Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan bermula sebaik komitmen mereka bersama khemah besar PH bagi menghadapi PRN Johor dimuktamadkan.

“Dijangkakan semua rundingan akan berakhir sebelum mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 9 Februari nanti,” katanya.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori