Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Get Jiggy Wit’ It...

KUALA LUMPUR - The TikTok livestream stage is lighting up again as TikTok...

Najib Ajak Orang Ramai...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak berharap orang ramai dapat mengambil bahagian...

40 Peratus Sisa Buangan...

MELAKA - Kira-kira 40 peratus daripada 1,000 hingga 1,100 tan sisa buangan sehari...

Kereta Mini Buatan Mesir...

KAHERAH – Di Mesir, ramai penduduknya menderita kegawatan ekonomi. Bagi pengusaha berusia 35...

Syor Bank Lanjut Moratorium 6 Bulan Lagi

KUALA LUMPUR : Moratorium yang berakhir esok wajar dilanjutkan untuk tempoh minimum enam bulan lagi kerana pemulihan ekonomi negara masih belum tercapai, sekurang-kurangnya setara dengan 2019 sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia.

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata pada masa ini terdapat banyak petunjuk ekonomi negara tidak akan pulih dengan pantas.

Katanya, bencana banjir yang melanda sekitar Lembah Klang pada akhir Disember lalu menjejaskan lagi kehidupan rakyat dan sebahagian besar perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Beliau berkata, turut memburukkan keadaan ialah kemunculan varian Omicron yang memberikan ancaman semula kepada ekonomi dunia dan Malaysia disamping penangguhan pembukaan sempadan antarabangsa yang sepatutnya berlaku 1 Januari lalu.

“Ini antara tanda pemulihan ekonomi tidak akan berlaku sepantas yang kita semua mahukan dan pastinya ia menjejaskan ekonomi negara, lalu memberi ancaman kepada pendapatan rakyat dan perniagaan terutamanya PMKS.

“Sekiranya kegiatan ekonomi tidak mencapai tahap seperti pada tahun 2019, terutama ekonomi domestik, maka tidaklah sesuai untuk bank kembali mengambil pembayaran balik pinjaman dari rakyat dan perniagaan.

“Lanjutan moratorium bukan secara automatik tetapi menerusi tawaran langsung daripada bank kepada pelanggan, ia boleh diberikan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan lagi,” katanya kepada BH, hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sewaktu sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, 20 Januari lalu berkata, kementeriannya akan mengemukakan cadangan kepada institusi perbankan mengenai pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir esok.

Mengulas lanjut, Aimi Zulhazmi, berkata institusi perbankan dan pihak berkuasa perlu mengkaji sedalam-dalamnya kesan buruk kewangan dan sosial sekiranya moratorium tidak dilanjutkan.


Katanya, selain kes muflis, ia juga boleh mengundang masalah jenayah, perceraian, pengabaian anak-anak, bunuh diri dan peningkatan kes pinjaman daripada ‘Ah Long.

“Sekiranya selama tiga bulan pinjaman tidak dibayar, maka ia akan diklasifikasikan sebagai hutang tidak berbayar (NPL) dan langkah seterusnya jika tidak berjaya dibayar ialah bank terpaksa mengambil tindakan undang-undang pada bulan keempat dan mungkin pada bulan kelima dan keenam, maka ramai peminjam akan diklasifikasi sebagai muflis.

“Ini terutamanya membabitkan pinjaman peribadi, perumahan, kenderaan dan kad kredit. Selain daripada muflis, akan ada kesan sosial lebih teruk dalam masyarakat,” katanya.

Menyentuh kemampuan bank untuk memberikan lanjutan moratorium, Aimi Zulhazmi menegaskan perkara itu tidak berbangkit kerana bank masih memperoleh keuntungan.

“Cuba kita teliti sejak dua tahun lalu dengan moratorium, adakah bank mengalami kerugian?

“Tidak ada. Malah moratorium itu membenarkan bank untuk mengakrukan keuntungan mereka ke hadapan disamping tidak perlu mengadakan NPL,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori