Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Aib.. Isteri Curang ‘Melekat’...

JOHANNESBURG - Polis terpaksa menyembur serbuk lada untuk menyuraikan orang ramai yang berkumpul...

Kedua-Dua Tangan Isteri Hampir...

Tumpat : Wanita yang ditikam suami dalam kejadian di Chabang Empat di sini,...

Majlis Bulan Depan, Abam...

BAGI sesetengah golongan tak kira lelaki atau perempuan, soal perkahwinan itu merupakan satu...

SPA Diarah Perbaiki Sistem...

BATU PAHAT - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diarahkan untuk meneliti seterusnya memperbaiki pelaksanaan...

Tanah Mendap: Rekahan Semakin Membesar

SERDANG – Kejadian tanah runtuh di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana mendapati keadaan bertambah buruk akibat tambahan kerosakan kerana hujan malam semalam dan rekahan di jalan tersebut menjadi lebih besar.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner (ACP) Anbalagan berkata, pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sudah mengetahui berkenaan kejadian ini dan telah melakukan proses meratifikasikan kawasan tersebut supaya ia selamat dengan menanam cerucuk kepingan besi.

“Proses tersebut akan mengambil masa selama tujuh hari untuk menyiapkan 150 meter di kawasan tanah runtuh tersebut,

“Semalam kami dapati 50 besi telah dicucuk dan ditanam bagi memastikan ia tidak merebak ke kawasan yang lain,” katanya.

Anbalagan menasihatkan kepada tuan premis kedai di kawasan itu mengosongkan kawasan tersebut sehingga keadaan sudah selamat digunakan.

Sehingga sekarang pihak polis tidak menerima sebarang laporan daripada tuan kenderaan yang terlibat di tanah runtuh kerana difahamkan kenderaan di tanah runtuh itu adalah kereta-kereta yang telah rosak dan ada juga bengkel kenderaan yang meletakkan kenderaan rosak di kawasan tersebut.


“Sekiranya tuan kenderaan yang terlibat mempunyai insuran terhadap kenderaan tersebut, mereka boleh boleh membuat laporan polis untuk tuntutan insuran tersebut,” jelasnya.

Semalam Kosmo! melaporkan satu video berdurasi 15 saat tular di media sosial memaparkan dua lelaki yang berada berdekatan tebing longkang berlari menyelamatkan diri sebaik menyedari tebing berkenaan runtuh.

Kelihatan sejumlah buah kenderaan yang diparkir di tepi tebing turut tenggelam bersama runtuhan itu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori