Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Misi Tawan Angkasa, China...

Hasrat kerajaan China untuk membina penempatan di angkasa semakin hampir selepas kapal Chang'e...

Aswara Tawar Program Pengajian...

KUALA LUMPUR – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) kini menawarkan beberapa...

‘11.11 Singles Day’ Catat...

KUALA LUMPUR - Trafik beli-belah dan jumlah pesanan Malaysia merupakan yang tertinggi dalam...

Wakil Rakyat Dibenar Sentuh...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof hari ini...

Tarif Elektrik Di Semenanjung Kekal

KUALA LUMPUR : Kerajaan menangguhkan pelaksanaan Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi tempoh Regulatori Ketiga (RP3).

Suruhanjaya Tenaga (ST) berkata, kadar purata tarif asas elektrik kekal pada 39.45 sen per kilowatt jam (kWj) di Semenanjung sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan.

“Mulai hari ini, kadar purata tarif asas elektrik kekal pada 39.45 sen/kWh di Semenanjung sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan.

“Dalam pada itu, kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) mulai hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Sehubungan itu, kadar rebat semasa sebanyak 2 sen/kWj kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung dikekalkan untuk tempoh itu.

“Dengan keputusan penangguhan RP3 dan ICPT ini, pengguna di Semenanjung tidak mengalami kenaikan kadar tarif asas elektrik,” katanya.

Pada 23 Disember 2020, kerajaan mengekalkan purata tarif asas TNB pada kadar 39.45 sen/kWj bagi 2021 dan rebat sebanyak 2 sen/kWj kepada semua pemilik akaun TNB bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2021 dan dilanjutkan hingga semalam.

Rebat yang pertama kali sejak Julai 2018 itu dinikmati oleh semua pengguna elektrik TNB, domestik dan bukan domestik.


Langkah terbabit diambil berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh Regulatori Kedua TNB di bawah mekanisme IBR sehingga semalam.

Bermula 1 Januari 2014, purata kadar tarif elektrik TNB sebanyak 4.99 sen/kWj (14.89 peratus) dinaikkan daripada 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/Kwj.

Dalam kajian semula Bajet 2015, kerajaan mengumumkan penangguhan kenaikan tarif bagi 2015.

Seterusnya pada 2017, kerajaan bersetuju mengekalkan kadar purata tarif elektrik asas yang dikenakan kepada pengguna di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2017.

Rebat tarif 1.52 sen/kWj di Semenanjung kekal bagi 1 Julai hingga 31 Disember 2017 dikekalkan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori