Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ahli PAS Lebih Sayang...

KUALA LUMPUR - "Aneh jika ada ahli PAS lebih menyayangi Presiden parti lain...

Wan Azizah Hanya Boneka...

AKHIRNYA terbukti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat seperti...

RHB Buka 2 Cawangan...

KUALA LUMPUR - RHB Indochina Bank Ltd, anggota RHB Banking Group, secara...

Tak Tahan Nak Buang...

TIDAK kira apa yang anda sedang lakukan, ada keperluan yang datang secara tiba-tiba...

Tawar 4 Kerusi Untuk PAS Johor ‘Bukan Cara Yang Baik’

PRN JOHOR | PAS berminat untuk meletakkan calon mereka di semua kerusi yang gagal ditawan oleh BN dalam pilihan raya umum (PRU) lalu namun mereka kemudian hanya ditawarkan empat.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata cadangan tersebut dibawa kepada Umno dengan matlamat mahu mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) yang sebelum ini mempertemukan kedua-dua parti ketika mereka masih pembangkang.

Katanya, formula yang dibawa PAS itu dikemukakan dengan matlamat mahu menghalang Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa di Johor.

Bagaimanapun kata menteri alam sekitar dan air itu, apabila cadangan PAS tidak diterima rundingan dengan BN akhirnya gagal mencapai titik persefahaman.

Bahkan kata Tuan Ibrahim tawaran empat kerusi kepada PAS di Johor bukanlah penyelesaian yang baik buat mereka.

“PAS menghormati pendirian Umno (dan BN) untuk bergerak solo. Bagi PAS, kami sudah hulurkan salam muafakat dan penyatuan ummah.

“Menawarkan empat dari 59 kerusi itu, saya fikir bukan cara baik,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan secara rasmi pada 22 Jan lalu bagi membuka jalan kepada PRN di negeri berkenaan.

Demi kukuhkan muafakat

Dalam PRU ke-14, BN tewas 19 kerusi termasuk di kawasan yang dianggap kubu kuat mereka kepada PH yang kemudian membentuk kerajaan negeri sebelum dijatuhkan pada penghujung Feb 2020.

PAS pula – yang ketika itu bergerak secara solo – meletakkan calon di 40 kerusi namun hanya memenangi satu daripadanya. Parti itu kemudian membentuk MN bersama Umno sebelum membuat keputusan sepihak bagi menyertai Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Bersatu.


Terdahulu tular satu video dipercayai dirakam semasa mesyuarat pimpinan Umno bahagian di Johor. Pada majlis itu Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohammad memaklumkan bahawa parti itu menawarkan empat kerusi boleh kepada PAS malah memberi jaminan ia akan dimenangi mereka.

Kata Hasni, tawaran itu dibuat dalam pertemuannya dengan Tuan Ibrahim.

Bagaimana pun kata Hasni, PAS menolak tawaran diberi Umno kerana Bersatu sebaliknya menawarkan 15 kerusi untuk PAS tandingi.

Hasni sebelum ini sudah membayangkan bahawa BN akan bertanding secara sendirian – sama seperti yang dilakukan mereka di Melaka pada Nov tahun lalu.

Kata Tuan Ibrahim kerusi yang diinginkan PAS itu adalah milik pembangkang, khususnya Amanah.

“Tawaran itu bagi memperkukuhkan muafakat dan penyatuan ummah. Ia bagi memastikan PH tidak kembali berkuasa di Johor,” katanya.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata PN akan turun dengan segala kekuatan yang ada bagi menghadapi PRN Johor selepas Umno membuat keputusan untuk bergerak solo.

“PAS akan adakan perbincangan dalam masa terdekat dengan semua parti dalam PN bagi menyusun strategi menghadapi PRN ini,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori