Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SKMM Buru Sharifah Sofia...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mula memburu pihak yang...

MH17: Malaysia Mahu Penglibatan...

BENTONG - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia akan meminta...

Pakar Rujuk Adat Perpatih...

KUALA PILAH - Pakar rujuk Adat Perpatih, Abdul Khalid Bonget, 78, meninggal dunia...

DRB-HICOM Bhd Akan Terus...

KUALA LUMPUR - DRB-HICOM Bhd. akan terus mengekalkan Proton sebagai jenama kereta nasional...

Tempoh Kuarantin Bagi Pengembara Dikurangkan Lima Hari – Khairy

KUALA LUMPUR: Tempoh kuarantin bagi pengembara yang telah menerima dos penggalak atau remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun tanpa pengiring kini dikurangkan dan ditetapkan kepada lima hari.

Selain itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan, ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR perlu dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19.

“Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dibuat pada hari ketibaan di pintu masuk antarabangsa. Ujian pengesanan RT-PCR dibuat pada hari keempat atau RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari kelima.

“Pelepasan kuarantin pada hari kelima (diberi) jika ujian pengesanan COVID19 RT-PCR pada hari keempat atau RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari kelima adalah negatif,” kata Khairy dalam sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.

Tambah beliau lagi, bagi mereka yang belum menerima dos penggalak tetapi telahpun lengkap divaksin iaitu dua dos, tempoh kuarantin yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah selama tujuh hari.


“Manakala pengembara yang tiada atau belum lengkap vaksin tempoh kuarantin adalah 10 hari. Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19. Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dibuat pada hari ketibaan di pintu masuk antarabangsa.

“Ujian pengesanan RT-PCR dibuat pada hari kelapan atau RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-10.

“Pelepasan kuarantin pada hari ke-10 (diberi) jika ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR pada hari ke-8 atau RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-10 adalah negatif,” jelasnya lagi.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori