Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

New York Umum Tahun...

NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul menandatangani undang-undang semalam untuk mengisytiharkan Tahun...

Kerajaan PH Penuh Drama...

SEPERTI yang pernah disebut sejak awal pemerintahan Pakatan Harapan (PH), kerajaan baharu Malaysia...

6 Ditahan Cuba Seludup...

Labuan : Enam individu ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup masuk 486 karton minuman...

MB Kedah Dipindahkan Ke...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang...

Terowong Bawah Tasik Paling Panjang Di China

BEIJING : Sebuah terowong lebuh raya sepanjang 10.79 kilometer (km) dan berada di bawah sebuah tasik air tawar di China serta terletak di wilayah Jiangsu, timur negara berkenaan telah dibuka untuk kegunaan pengguna-pengguna kenderaan baru-baru ini.

Terowong di bawah air tawar yang paling panjang di negara itu berada di bawah Tasik Taihu di wilayah tersebut dan menurut pegawai kerajaan di wilayah tersebut, terowong berkenaan dibina dengan kos lebih AS$1 bilion (RM4.18 bilion).

Tasik Taihu ialah tasik air tawar yang ketiga terbesar di negara itu.

Ia mula dibina pada pada 9 Januari 2018 dan terowong tu adalah sebahagian daripada Lebuh Raya Changzhou-Wuxi sepanjang 43.9 kilometer (km).

Lebih dua juta meter padu konkrit digunakan untuk membina terowong tersebut yang memiliki enam lorong dan selebar 17.45 meter.


Siling terowong itu telah dilengkapi dengan lampu diod pancaran cahaya (LED) berwarna-warni yang dirancang untuk mengelakkan pemandu berasa letih.

Bagaimanapun, ia masih belum dapat mengatasi terowong bawah laut paling panjang di dunia di Norway.

Terowong Ryfast di Norway itu sepanjang 14.3km dan menghubungkan bandar Stavanger dan Strand.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori