Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Adik TPM Zahid Hamidi...

IPOH - Adik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad...

JPJ Perlis Catat RM45.17j...

KANGAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis memperoleh hasil sebanyak RM45.17 juta melalui...

Najib Sertai Jemaah Solat...

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah lain menyempurnakan...

Kes Bunuh Simpang Pulai:...

IPOH - Seorang suspek kes bunuh remaja perempuan berumur 17 tahun di Ladang...

Tidak Kecil Hati, Terus Perjuang Politik Islam – Khairuddin

KUALA TERENGGANU : Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali tidak berkecil hati atau kecewa walaupun digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, beliau berkata, perjuangan politik Islam tetap diteruskan walau di mana pun kedudukannya.

“Itu hak Jawatankuasa Pas Pusat, sebagai ahli kita perlu melaksanakan mana-mana tugas parti yang ada.

“Tiada istilah berkecil hati atau kecewa dalam perjuangan politik Islam kerana tugasan, mesej dan risalah parti tetap mesti dilaksanakan,” katanya.

Mohd. Khairuddin berkata, masih banyak tugasan parti yang perlu digalas selain jawatan AJK itu antaranya sebagai Ahli Parlimen Pas di samping Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

“Saya juga masih Setiausaha Majlis Syura Ulama dan menganggotai jawatankuasa kecil lajnah dalam Pas,” katanya.


Bagaimanapun, Mohd. Khairuddin tidak mengulas lanjut mengenai punca penyingkiran beliau yang diputuskan dalam mesyuarat Pas pada Rabu lalu.

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan, pengguguran mana-mana pemimpin adalah perkara biasa dalam parti itu sama ada diberhenti atau ditukarkan.

Mohd. Khairuddin yang sebelum ini menyandang jawatan AJK, tewas dalam pemilihan parti bagi sesi 2021-2023.

Bagaimanapun, pada 23 November lalu, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dilantik semula ke jawatan berkenaan di samping dua pemimpin tertinggi lain iaitu, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori