Friday, December 13, 2024

Creating liberating content

‘Salam Sejahtera’,’ Terima Kasih’...

KUANTAN - Penggunaan ungkapan 'Salam Sejahtera' dan 'Terima Kasih' akan lebih kerap berkumandang...

‘Teman Rapat’ Remy Tertekan...

PETALING JAYA - Pelakon Remy Ishak berkata, sejak membuat pengakuan sedang rapat dengan...

Pembinaan HSR Di Singapura...

SINGAPURA – Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) telah membuka tender bagi reka...

Zarul Lepaskan Kerjaya Pramugara...

MESKIPUN adakalanya rindu kerjaya pramugara yang telah diceburinya selama 17 tahun, namun Zarul...

TLDM, Tentera Laut Diraja Australia Perkukuh Kerjasama

PETALING JAYA Kerjasama dua hala dalam aspek keselamatan maritim antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Diraja Australia diperkukuh menerusi lawatan Panglimanya, Laksamana Michael Noonan hari ini.

TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, ketibaan beliau di Wisma Pertahanan disambut rakan sejawatnya, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany dan barisan kepemimpinan TLDM.

Katanya, acara lawatan dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sebelum membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang di pejabat beliau.

“Noonan juga mengadakan perjumpaan dengan Mohd. Reza bagi penyempurnaan Majlis Tandatangan Navy-to-Navy Talks (N2NT) Terms of Reference dan siri latihan Eksesais Malaysia-Australia (Mastex) kedua-dua Panglima Tentera Laut,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, dokumen N2NT Terms of Reference (TOR) adalah bahan rujukan dan prosedur kepada pelaksanaan siri Mesyuarat Bilateral N2NT antara TLDM serta TLDA yang telah dikemas kini.


Sehingga tahun lalu, sebanyak 14 siri N2NT diadakan dan siri ke-15 dijadualkan pada 20 Januari ini.

“Mastex Business Rules yang sebelum ini dikenali sebagai MASTEX Standard Operating Procedures pula adalah dokumen yang menggariskan prosedur tetap pelaksanaan MASTEX yang telah ditambah baik dan dikemaskini. MASTEX merupakan latihan bersama TLDM-TLDA yang diadakan setiap 2 tahun sekali,” jelasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori