Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

6 Pelajar MRSM Digantung...

Padang Terap : Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenal pasti...

Hargai Peranan APMM Kawal...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan penghargaan terhadap...

Muslifah, Ayuni Perlu Akur...

KUALA LUMPUR - Dua penembak elit negara, Muslifah Zulkifli dan Nur Ayuni Farhana...

Op Selamat 8: Kadar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 19,572 kes kemalangan dicatatkan sepanjang Op Selamat 8 sempena...

TMJ Turun, Lihat Dan Bantu Semata Demi Rakyat

Semalam berkesempatan berborak dengan seorang sahabat lama yang turut menjadi mangsa banjir di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Selain bercerita, berteori, berfalsafah tidak tentu arah tentang punca-punca banjir, banyak kali perbualan kami tersentuh tentang isu KWSP.

Secara umum kami sepakat tidak senang dengan Menteri Kewangan buta-buta menolak permintaan pengeluaran wang akaun KWSP ‘one off” RM10,000 sekali lagi.

Kami turut berbahas tentang keikhlasan dan kejujuran bantuan kepada mangsa banjir yang diberi oleh ramai pihak terutama ahli politik.

Saya katakan ramai wakil rakyat gigih membantu, meredah banjir dan menyodok lumpur, tetapi rakan saya kata sesungguhnya wayang adalah benar.

Seterusnya perbincangan kami acap kali nenyentuh tentang kisah seorang anak raja di selatan tanah air yang gigih membantu mangsa banjir.

Putera raja ini kami rumuskan sebagai manusia yang tidak tahu penat kerana ke hulu ke hilir sejak negerinya diramalkan berisiko dilanda banjir.

Sekali sekala kami membuka laman Facebook anak raja itu sebagai bukti perceritaan kami bukanlah episod kencing sesama sendiri.

Sahabat saya kata: “Anak raja ini paling “real”. Awal-awal dia dah “stanby” bantuan untuk rakyat negerinya. Dengar saja cerita air naik dia terus gerak.

“Patutnya dia boleh saja bersemayam di istana dan kerahkan anak buahnya turun padang. Tapi dia sendiri turun, lihat dan bantu”

Memang benar kata Si Tahir bekas penerima Anugerah Pekerja Cemerlang 2019 kilang Batu 3 tentang Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda sejak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan di Johor awal-awal telah turun padang.

Mendapatkan taklimat pihak berwajib dan pegawai-pegawai kerajaan negeri di peringkat ibu negeri mahupun daerah mengenai persiapan banjir.


Syukur alhamdulillah maklumat yang kita terima setakat ini menunjukkan senario banjir di Johor adalah dalam keadaan terkawal.

Para mangsa mendapat bantuan secukupnya daripada pelbagai pihak termasuk TMJ untuk mereka mendepani waktu-waktu sukar ketika ini.

Kami katakan TMJ manusia yang tidak tahu penat kerana dalam sehari beliau boleh berada di beberapa buah daerah memantau keadaan banjir.

Keesokannya datang semula untuk melihat keadaan semasa dan memberi lagi bantuan yang sewajarnya kepada mereka yang memerlukan..

Keprihatinan TMJ itu juga bermakna tiada ruang untuk mana-mana pihak berwajib melaksanakan tanggungjawab membantu mangsa banjir sambil lewa.

Sebarang permasalahan atau isu-isu membabitkan kesejahteraan mangsa banjir pasti akan sampai terus kepada pengetahuan TMJ kerana baginda “on the scene”.

Maka sudah pasti tiada pihak mahu TMJ dapat tahu mereka telah gagal menguruskan perihal banjir dengan baik dan teratur.

Kesimpulannya rakyat Johor harus bersyukur kerana mempunyai putera raja yang terbukti berjiwa rakyat dalam segenap aspek kehidupan mereka.

TMJ tidak perlu berlakon/beraksi memegang cangkul, mengangkat barang, pakaian dilumuri kotoran dan sebagainya kerana baginda benar-benar sedang membantu.

“The only thing worse than a liar is a liar that’s also a hypocrite!” (Tennessee Williams)

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori